DAP Semakin Panik Dan Tak Waras

Terdesak! Saya rasa DAP semakin panik dan tidak waras.

Sejak setahun yang lalu, mereka menghentam PAS dan dua kali mendakwa PAS yang mahu menyertai BN dalam kerajaan perpaduan untuk kedua-dua senario Negeri Selangor (krisis Menteri Besar) dan dengan Kerajaan Persekutuan (tentang Hudud).

Sekarang, penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri meminta untuk Kerajaan Perpaduan dengan BN – walaupun mengutuk BN sebagai rasuah dan ‘running dogs’ selama beberapa dekad!

Kebodohan apa ini? Anda tuduh dan mencerca orang lain tetapi anda pula yang mahukannya sekarang?

Saya rasa PAS patut menghentam DAP sehabis boleh walaupun hanya kerana menyebut tentang ini.

Sudah panik?

Jelas DAP terdesak kerana orang Cina dan India amat marah dengan DAP sekarang kerana:

1) Seluruh kepimpinan DAP memberikan jaminan palsu bahawa mereka boleh mengundi PAS dan ianya mustahil untuk melaksanakan Hudud selepas PRU ke 13.

2) Lim Guan Eng menandatangani perjanjian yang membolehkan PAS meneruskan agenda Negara Islam (termasuk Hudud) sebelum PRU13 dan menyorokkan surat ini dari penyokong DAP.

3) Lim Guan Eng enggan menjawab soalan pemberita dan hanya berulang kali mengatakan “Biarkan ia LULUS dulu” apabila meminta ulasannya mengenai rang undang-undang Hudud.

DAP tahu bahawa jika PRU14 diumum sekarang, mereka akan kehilangan BANYAK kerusi dan mungkin juga kehilangan Pulau Pinang mereka yang sangat berharga.

DAP juga tahu bahawa tanpa jentera PAS dan sokongan akar umbi, seperti pada PRU13, kempen mereka untuk undi Melayu sudah musnah.

DAP tahu bahawa PKR sendiri tidak dapat menyelamatkan DAP kerana ramai pengundi Islam juga telah meninggalkan PKR kerana menolak hudud.

Oleh itu panik, kekeliruan, keadaan terdesak telah membuat DAP untuk mengatakan dan melakukan perkara-perkara pelik – semua kerana DAP telah TERSILAP BESAR!

Saya rasa DAP hanya mahu kerajaan perpaduan untuk menyelamatkan DAP. Betapa mereka pentingkan diri sendiri.

BN perlu katakan pada DAP, “pergi mampus”.
https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/745841702197250/?type=1&theater

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1646863885532399&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1