Datuk Khairudin Gugur Kelayakan Parti Sebab Muflis Bukan Sebab Serang 1MDB

Ahli Umno Pulau Pinang dipercayai dipecat selepas membuat aduan tentang 1MDB?
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-umno-man-believed-sacked-after-1mdb-complaint-report-says

Tidak, tidak benar.

Beliau tidak dipecat sebagai ahli UMNO dan beliau tidak dipecat kerana aduan tentang 1MDB.

Dia telah dibuang dari jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan kerana telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah awal tahun lalu – lebih daripada setengah tahun sebelum dia membuat laporan polis pertamanya tentang 1MDB.

Peraturan ROS tidak membenarkan orang yang bankrap untuk memegang jawatan dalam parti. (orang muflis juga tidak boleh menjadi pengarah syarikat atau menjadi ADUN atau Ahli Parlimen)

Tetapi nampaknya portal berita semuanya berputar-belit dan cuba untuk mencanangkan bahawa beliau dipecat kerana lantang bersuara mengenai 1MDB.

Difahamkan, mereka yang gugur jawatan kerana muflis masih boleh memegang jawatan selepas melangsaikan hutang dan boleh bertanding semula pada penggal berikutnya jika telah dikeluarkan daripada senarai individu muflis oleh Jabatan Insolvensi.