Harga Prabayar Mesti dikekalkan Walaupun Selepas GST dikenakan

Nampaknya semua syarikat telekomunikasi begitu cepat cuba untuk menaikkan harga jualan kad prabayar sebanyak 6%!

Tetapi kerajaan dapat mengesan dan menyedari 6% cukai perkhimatan yang akan dimansuh telah pun termasuk dalam harga jualan sedia ada.

Berikut adalah surat yang dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi oleh pihak Kastam.



Tarikh : 16 Mac 2015

LAYANAN CUKAI BARANG PERKHIDMATAN (CBP) KE ATAS PENJUALAN KAD PRABAYAR (TOP-UP VOUCHER)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Surat ini dikeluarkan berhubung dengan berita yang tersebar luas melalui media sosial di mana pihak telekomunikasi akan mengenakan harga jualan baru bagi kad prabayar sebanyak RM5.30, RM10.60, RM21.20, RM31.80, RM63.60 dan RM106.00 termasuk CBP.

3. Merujuk kepada perenggan 4, surat pejabat ini ruj: KE.HF(126)664/01/012(17) bertarikh 8 September 2011 (disertakan), harga jualan sebenar kad prabayar telah mengandungi elemen cukai perkhidmatan atau dengan maksud lain harga jualan kad prabayar adalah termasuk cukai perkhidmatan.

4. Dengan merujuk kepada layanan cukai perkhidmatan ke atas kad prabayar sedia ada, pihak telekomunikasi sepatutnya MENGEKALKAN harga jualan kad prabayar pada masa sekarang iaitu pada harga RM5, RM10, RM20, RM30, RM60 dan RM100 termasuk CBP.

5. Memandangkan kadar cukai perkhidmatan dan CBP adalah sama dan CBP akan menggantikan cukai perkhidmatan sedia ada, adalah tidak wajar kad prabayar tersebut dijual pada harga seperti di perenggan 2 apabila CBP dilaksanakan kelak.

6. Sehubungan dengan itu, pihak telekomunikasi DIKEHENDAKI MENGEKALKAN harga jualan kad prabayar seperti yang sedia ada.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ SUBROMANIAM A/L THOLASAY,
b.p Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/409566469223129/?type=1&theater