Hutang Luar Negara Tidak Akan Sebabkan Negara Bangkrap

Hutang Luar Negara:

Singapura – USD1.174 Trillion (RM4.30 Trillion) – nisbah Hutang Luar Negera kepada KDNK sebanyak 440%

Hong Kong – USD1.159 Trilion (RM4.24 Trillion) – nisbah Hutang Luar Negara kepada KDNK sebanyak 430%

Malaysia – USD 202 bilion (RM744 bilion) – nisbah Hutang Luar Negara kepada KDNK sebanyak 69.6%

Jadi, Singapura akan bankrap 6 kali lebih cepat daripada Malaysia?

Jika anda membahagikan dengan jumlah penduduk masing-masing, anda akan menjadi lebih takut.

Pada akhir tahun 2014, hutang luar negera Malaysia berjumlah RM744.7 bilion atau 69.6% daripada KDNK, berbanding dengan RM696.6 bilion atau 70.6% pada tahun 2013.

Bertentangan dengan apa yang sedang disebarkan oleh ahli-ahli politik dan media tertentu, hutang luar negera Malaysia tidak naik 3 kali ganda dalam tempoh setahun – sebenarnya dari segi hutang luar negera kepada nisbah KDNK, ia telah menurun.

Takrif hutang luar negera yang telah diubah oleh kerajaan Malaysia juga termasuk deposit asing dalam bank-bank Malaysia dan juga dana asing yang memiliki bon kerajaan dan korporat serta syarikat-syarikat yang meminjam wang di luar negara.

Ini juga bermakna peningkatan dalam hutang luar negara adalah satu petunjuk bagaimana bebas ekonomi kita dan bagaimana syarikat-syarikat asing dan individu sanggup meletakkan wang ke dalam Malaysia.

Hutang luar negara yang tinggi (bukan kerajaan terhutang kepada negara-negara asing) tidak bermakna negara akan bankrap.

Kerajaan Malaysia sendiri hanya mempunyai pinjaman asing langsung USD16.8 bilion – kesemua yang lain adalah dalam Ringgit.

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2079rank.html
http://www.nst.com.my/node/76230

Sumber : We are NOT Malaysian Zombies
https://www.facebook.com/BukanZombie/posts/411858468993929?fref=nf