Jet Peribadi Adalah Seperti Yang digunakan Oleh Anwar

Portal pro pembangkang dan Rafizi Ramli cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan mendakwa jet VVIP jenis ACJ320 yang baru diperoleh kerajaan adalah sebuah pesawat peribadi.

Ini tidak betul kerana tidak ada istilah pesawat peribadi bagi perolehan yang dibuat kerajaan, sebaliknya pesawat rasmi.

Penulis tidak rasa jutawan muda lulusan luar negera seperti Rafizi terlalu bodoh untuk bezakan antara pesawat rasmi kerajaan dengan pesawat peribadi. Penulis yakin dia tahu sebab Anwar kerap guna pesawat peribadi untuk berkempen di Sabah dan Sarawak sebelum PRU13 dulu.

Yang Anwar guna itu adalah pesawat peribadi, yang diperoleh kerajaan untuk ganti BBJ737-700NG adalah pesawat rasmi.

Lainlah kalau Rafizi boleh tunjukkan geran atau apa bentuk dokumen pemilikan pesawat yang menunjukkan pesawat yang diperolehi itu didaftar atas nama indvidu? Ada?

Kalau tiada, bukanlah pesawat peribadi namanya, tapi pesawat rasmi.