Kita Lawan Hanya Lahirkan Pendemo Untuk Anwar Kaki Peliwat

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya melahirkan perusuh jalanan dan pencabul undang-undang sepanjang kerjaya politiknya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Anwar bertanggungjawab melahirkan pelapis pro-pembangkang yang tebal dengan budaya politik songsang.

“Anwar akan dikenang sebagai pemimpin politik oportunis yang berjaya melahirkan perusuh politk jalanan dan pencabul undang-undang sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat awam,” tegasnya.

Beliau berkata, budaya politik songsang jelas bertentangan dengan tatasulia dan cara berpolitik rakyat Malaysia.

Anwar katanya, terpaksa menghalalkan cara bagi mencapai cita-cita untuk menduduki Putrajaya dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Dulu persekitaran dan perlakuan politik negara ini terkawal dan tertib, tetapi sejak Anwar dipecat daripada UMNO, beliau mula menyuburkan politik ekstrim dan rusuhan di jalanan,” ujarnya.

Cara sedemikian tambah beliau, juga bercanggah dengan normal-normal masyarakat Melayu.

“Tetapi malangnya, segelintir orang Melayu hari ini menjadi begitu ekstrims kerana terpedaya dengan hasutan budaya politik songsang yang dipelopori oleh Anwsar.

Menurutnya, sepanjang memimpin Pakatan Rakyat (PR) Anwar yang juga Penasihat Umum PKR tidak memberi sebarang sumbangan kepada negara dan rakyat.

Beliau mendakwa, pengelibatan Anwar bersama politik oposisi di negara ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.

“Apa yang digembar-gemburkan hanyalah fitnah, hasutan, adu domba dan menanam persespi buruk terhadap kerajaan khususnya UMNO,” ujarnya.

Malah kata beliau, Anwar juga hanya mampu menanam harapan palsu kepada rakyat disamping mengajurkan perpecahan dan perhimpunan haram mengecam parti pemerintah.

Oleh sebab itu katanya, penyokong tegar pembangkang sejak akhir-akhir ini langsung tidak menghormati dan mematuhi undang-undang sedia ada.

Katanya, golongan ini mengetepikan asas dan prinsip undang-undang dengan berterusan memperlekehkan institusi kehakiman dan perundangan negara.

“Hari ini penyokong pembangkang terutama generasi muda langsung tidak menghormati prinsip undang-undang malah berani mencerca dan memperlekehkan pasukan polis,” tegasnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang dengan tulisan ‘Pecat IGP’ di simpang di seberang jalan dari Dewan Bandaraya di Jalan Raja, tidak jauh dari ibu pejabat polis Bukit Aman.

Laporan mengenai tindakan kerterlaluan itu disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysikini.com hari ini (Khamis).

Kain rentang berukuran 4 meter x 1.8 meter itu dipasang di sana sebagai sebahagian daripada kempen #pecatigp yang dilancarkan oleh Kita Lawan malam tadi.

Mereka menggantung kain rentang itu pada kira-kira jam 10 malam sambil melaungkan pecat IGP dan menggesa PM meletak jawatan.

Aktivis itu juga turut menggantungkan gambar-gambar dan membuka payung yang membawa mesej anti-IGP.

Kelihatan juga satu karikatur Ketua Polis Negara dengan kapsyen “Bebaskan Twitter!”

Mengulas tindakan tersebut, Syed Ali menjelaskan, itulah ‘kejayaan’ Anwar melahirkan pelapis dan pelampau politik yang kurang ajar.

“Anwar telah berjaya, berjaya membudayakan satu gerakan politik yang bertentang dengan tatasusuila dan membelakangkan perundangan negara,” tegasnya.

Gerakan ini tambah beliau, perlu dibendung bagi menjamin ketenteraman rakyat dan kestabilan negara terpelihara.

Menyelar perbuatan tersebut, beliau mahu pihak polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.

“Hari ini mereka begitu berani mencela Ketua Polis Negara (IGP) dan jika dibiarkan begitu sahaja, mungkin esok lusa mereka semakin ganas dan bertindak melampau,” tegasnya.

Beliau berkata, IGP kini menjadi sasaran kecaman dan kritikan kumpulan pro-pembangkang berikutan ketegasan polis menangani ancaman ekstrimis politik.

“Sebagai Ketua Polis Negara, sudah tentu menjadi tanggungjawabnya membanteras mana-mana individu atau pertubuhan politik yang cenderung mencetuskan kegelisahan rakyat dan mengancam ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis perlu bertegas dan mana-mana individu yang dikenalpasti dalam perhimpunan haram itu diheret ke muka pengadilan.

“Polis perlu segera memburu individu yang terbabit memasang kain rentang itu bagi meyakinkan rakyat pihak berkuasa tidak berlembut dengan mana-mana pihak yang menggangu ketenteraman awam.

“Selagi polis berlembut dan bertolak ansur, selagi itulah mereka akan berkelakuan kurang ajar dan tidak takut kepada undang-undang.

http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/03/anwar-lahirkan-budaya-politik-songsang.html