Mengapa Sardin Kena GST tetapi Lobster Tak Kena

Soalan kedua (dari aktivis protes anti-GST) adalah kenapa sardin dikenakan cukai di bawah GST tetapi tidak udang kara (lobster), yang menjadi bahan makanan mewah.http://www.malaysiakini.com/news/292939

Jawapan adalah mudah.

Kerana GST bukan cukai jualan barangan mewah tetapi Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Jika anda mahu cukai jualan barangan mewah (seperti apa yang mereka kenakan di samping 10% GST Indonesia) seperti di Indonesia, maka barang kemas, kereta, dan TV juga akan dikenakan cukai tambahan (di samping GST) yang tidak dikenakan di Malaysia.

Lobster dalam tin dikenakan cukai di bawah GST. Lobster yang dimasak dan dihidangkan di restoran dikenakan cukai di bawah GST.

Ikan sardin mentah tidak tertakluk kepada GST. Tomato mentah tidak tertakluk kepada GST. Ikan sardin diproses dalam sos tomato tertakluk kepada GST – dan juga ikan sardin yang dimasak dan dihidangkan di restoran.

Soalan ketiga ialah mengenai barangan yang harganya dijangka jatuh kerana GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada (SST). Mereka bertanya bilakah dijangkan penurunan harga.

Kos barang-barang yang dijangka lebih murah di bawah GST berbanding SST dijangka turun dengan serta-merta pada 1 April selepas GST dilaksanakan dan SST dimansuhkan.

HARGA barang-barang akan jadi lebih murah atau tidak bergantung kepada para peruncit dan pembekal. Pasaran bebas dan persaingan akan menjadi faktor penentu yang akan membawa penurunan harga – melainkan jika sudah tentu anda mahu kerajaan untuk mula mengawal dan menetapkan harga peti sejuk, kereta dan lain-lain barang.

Menyerang pejabat kastam dan mahu tinggal di sana semalaman dan menuntut Pengarah Kastam menjawab 106 soalan bertulis pada masa itu agak tidak munasabah.

Mengapa anda tidak menyiarkan soalan-soalan ini online terlebih dahulu sebelum anda mogok?

Sekarang, soalan saya kepada anda, yang mengisytihar diri sebagai sosialis PSM:

Namakan saya hanya satu negara sosialis di dunia yang tidak melaksanakan GST / VAT?
ttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=1618712801680841

Jawapannya ialah ZERO.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1646906898861431