Najib Dibicarakan Media Tanpa Berpeluang Membela Diri

Perbicaraan Najib oleh media.

Saya masih ingat, ketika tahun 1997 apabila geng Anwar Ibrahim di dalam UMNO menyerang Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan dakwaan bekas Perdana Menteri itu ‘mengenyangkan’ ahli keluarga dan rakan-rakannya melalui hubungan mereka yang rapat dengan Seri Perdana.

Tuduhan kronisme dan nepotisme merupakan laungan yang lantang ketika itu, di mana Tun Dr Mahathir merupakan mangsa tuduhan itu. Secara asasnya, Perdana Menteri telah ‘dibicara’ oleh media dan dihukum oleh pandangan masyarakat ketika itu.

Masyarakat, sudah semestinya, mempercayai dan menelan segala yang diperkatakan ketika itu kerana sebarang tuduhan terhadap golongan yang berkuasa dilihat benar walaupun ia tidak disokong oleh sebarang bukti kukuh.

Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin. Orang yang menuduh tidak semestinya perlu membuktikan tuduhannya itu terapi orang yang dituduh perlu membuktikan dirinya tidak bersalah. Dan ini sangat berlawanan dengan prinsip sistem keadlian yang perlu diamalkan.

Anwar Ibrahim mengadu bahawa dia menjadi mangsa perbicaraan media di dalam kes liwat I dan liwat II. Beliau juga berkata serangan keatasnya adalah tidak wajar dan tidak adil. Dr Mahathir juga pernah membangkitkan perkara yang sama ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Hari ini, Perdana Menteri Najib diberikan ‘keadilan’ yang sama yang diberikan terhadap Dr Mahathir 18 tahun dahulu dan yang didakwa berlaku ke atas dirinya menurut Anwar Ibrahim. Persoalannya, mengapa ianya salah di pihak Dr Mahathir dan Anwar tetapi betul di pihak Najib?

Najib sudah meminta agar siasatan yang menyeluruh dijalankan untuk merungkai kontroversi yang sedang hangat melanda 1MDB. Siasatan baru sahaja dimulakan dan masih berjalan. Adalah lebih baik sekiranya kita tunggu siasatan selesai dan meneliti hasil siasatan daripada kita terus terjun ke arah kesimpulan.

Dalam bidang perundangan, mereka berkata keadilan itu bukan sahaja perlu dilaksanakan malah perlu dilihat dilaksanakan. Jika ini standard undang-undang yang kita mahu dokongi, maka kita perlu membenarkan entiti yang telah dilantik untuk tugas ini menyelesaikan tugasannya agar kita boleh mengetahui sama ada yang disiasat itu didapati bersalah atau tidak bersalah.

Hanya kerana sebab seseorang itu Perdana Menteri, itu tidak bermakna dia tidak berhak mendapatkan standard undang-undang yang sama seperti yang diharapkan oleh mana-mana rakyat Malaysia yang lain.

Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak,
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,
http://sskeruak.blogspot.com/2015/03/najibs-trial-by-media.html