Pada Zombie Pakatan Rakyat, Hanya Tony Pua Dan Rafizi Bercakap Benar

Orang ramai benar-benar ingin mengetahui jika ada masalah dengan 1MDB dan berharap semuanya baik tetapi penyokong Pakatan mahu 1MDB gagal dan seret kerajaan ke bawah dengannya. Itulah perbezaan antara orang yang rasional atau zombie.

Mari kita mulakan dengan beberapa fakta:

1. Bertentangan dengan dakwaan zombie, syarikat 1MDB tidak pernah terlepas apa-apa bayaran balik pinjaman. RM2 bilion pinjaman penyambung telah dibayar balik. Tidak, Ananda Krishnan tidak menyelamatkan syarikat itu tetapi dia juga mempunyai tanggungjawab penjamin bagi pinjaman penyambung RM2 bilion. Mengapa Ananda Krishnan menjamin RM2 bilion? Oleh kerana beliau yakin bahawa PPA akan dilanjutkan (dan oleh itu meminta nilai pembelian yang lebih tinggi) manakala 1MDB rasional dengan tidak mahu membuat andaian sebegitu. Jika PPA dilanjutkan, harga tinggi yang diminta oleh Ananda Krishnan memang berpatutan dan 1MDB akan tanggung sepenuhnya.

2. Wang dari usaha sama PetroSaudi telah dihantar balik beserta keuntungan US$488 juta. Jadi dakwaan US$700 juta disedut keluar adalah tidak masuk akal.

3. Jika Pembangkang berpendapat bahawa kadar faedah sebanyak 5.75% setahun bagi bon Islamik 1MDB adalah terlalu tinggi jadi mereka patut memuji 1MDB berkenaan pendapatan 8.75% setahun untuk nota pinjaman di Cayman. Selain itu, anda tidak boleh membandingkan bon 30-tahun 1MDB dengan Petronas membayar 3.6% hanya untuk satu terbitan bon 3 tahun bernilai US$100 juta. Malah 1MDB perlu diucapkan tahniah kerana menjadi yang pertama untuk menerbitkan Bon Islamik 30-tahun.

4. Selepas 1MDB mengisukan bantahan mereka, Goldman Sachs juga mengumumkan bahawa mereka tidak dibayar dan tidak diminta untuk membayar apa-apa komisen untuk mana-mana pihak luar ketiga. Jika zombi tidak mahu percaya, itu masalah mereka – pada mereka hanya Tony Pua dan Rafizi yang berkata benar.

5. Sebab mengapa 1MDB tidak dapat menjawab setiap soalan 24/7 adalah kerana kerahsiaan perniagaan dan BAFIA. Ia bukan kerana mereka mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan. Orang ramai hanya perlu menunggu pendedahan maklumat dalam akaun teraudit atau hasil pengesahan Ketua Audit Negara mengenai akaun yang telah diaudit untuk pengesahan urus niaga kewangan.

6. Pembangkang memberi tanggapan yang juruaudit berkanun dan pihak lain telah berbohong. Ia tidak masuk akal untuk membayangkan begitu banyak pihak yang terlibat untuk melindungi isu ini dari 1MDB, KPMG (juruaudit berkanun sebelumnya), Deloite (juruaudit berkanun semasa), Goldman Sachs, rakan usaha sama PetroSaudi, bank-bank tempatan, badan-badan kawal selia Pulau Cayman hingga Bank Negara dan lain-lain. Perlu ada pakatan sulit ke tahap itu untuk 1MDB berbohong tentang di mana wang mereka tanpa diketahui. Gunakanlah akal fikiran.

7. Tiada apa-apa yang luar biasa bagi syarikat-syarikat untuk memulakan dengan atau bergantung kepada hutang selama mereka disokong oleh aset dan dalam hal 1MDB nilai aset melebihi hutang (RM44.67 bilion vs RM37 bilion). Langkah penyenaraian jelas akan mengurangkan hutang dan anda boleh yakin bahawa penyokong pembangkang yang hipokrit sendiri akan berebut-rebut untuk saham IPO. Saya tahu saya akan jika ada rezeki.

Mesej kepada media pembangkang yang menyedihkan:

“I’m not upset that you lied to me. I’m upset that from now on I can’t believe you” — Friedrich Nietze.

Menuduh 1MDB membuat perkara ini walaupun fakta yang menunjukkan sebaliknya seperti mengatakan Anwar Ibrahim tidak meliwat mangsanya walaupun sperma beliau telah ditemui dalam dubur mangsa dan terus disokong dengan bukti lain dan testimoni saksi. Saya telah melihat zombi menafikan jenayah yang dilakukan kerana kita tidak melihat ia berlaku dengan mata kita sendiri. Bodoh atau apa.

Bahagian 1: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/735574236557330/?type=1

Oleh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/754487418005397