PAS Berhak Perjuangkan Negara Islam

Bukti video di sini: https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA

Hinggakan penyokong DAP tegar dan penulis FMT, Scott Ng juga sangat marah pada DAP kerana menipu orang bukan Islam yang tidak mahu Hudud.

Dengan munculnya pelbagai bukti, semakin ramai orang mengetahui betapa tidak jujur, manipulatif, tamak dan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng dan DAP sebenarnya.

Sudah ada bukti dokumen yang ditandatangani oleh Lim Guan Eng http://goo.gl/1E3S3C(ditunjuk oleh Hadi Awang) dan kini terdapat bukti video pula.

Dan TIADA penafian oleh Lim Guan Eng dan DAP terhadap bukti-bukti ini.

Apa lagi yang boleh anda katakan?

DAP tidak mempunyai hak untuk mengkritik PAS mahu membentangkan Hudud – sedangkan, pemimpin nombor satu DAP yang memberi izin bertulis!

DAP pada dasarnya berbohong, menipu dan ‘menjual’ penyokong bukan Islam hanya supaya mereka boleh menang undi Melayu pada PRU13.

Siapa sebenarnya yang ‘tikam belakang’?

Setiausaha Agung DAP sendiri, Lim Guan Eng telah memberikan kelulusannya secara bertulis terhadap PAS untuk mengejar dan melaksana hasrat mereka untuk Negara Islam – yang pasti akan termasuk “hudud”.

Yang membawa maksud, Lim Guan Eng telah memberikan kebenaran bertulis untuk PAS membentang dan melaksanakan hudud.

Melainkan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terlalu jahil untuk memahami bahawa ‘Negara Islam’ juga termasuk hudud.

Ini apa yang Scott Ng katakan:
“Ahli-ahli politik, ingat kata-kata anda dengan baik. Anda tidak lagi dibenarkan lupa, kerana kita akan tahu, dan walaupun kita tidak tahu tapi kita akan lambat laun tahu juga. DAP telah hilang kredibiliti dengan melupakan prinsip-prinsip dan janji-janjinya, kedua-dua kepada rakyat dan PAS. Sekarang, kita perlu menerima hakikat bahawa hudud akan menjadi kenyataan dan DAP memainkan peranan dalam membiarkannya berlaku.”

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1645725295646258&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1