Pelaksanaan GST Elak Cukai Berganda

Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson berkata SST juga menyebabkan cukai berganda yang merugikan pengguna.

“Di bawah sistem sedia ada contohnya jika kita membeli minuman berkarbonat di hotel, pengguna bukan sahaja membayar cukai jualan 10% tetapi juga tambahan cukai SST 6% yang dikenakan pihak hotel pula,” kata mereka lagi dalam laporan yang sama.

Bagaimana pun mereka berkata masalah cukai berganda ini ditangani dalam GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.

Oleh itu di bawah sistem sedia ada, harga minuman berkarbonat itu adalah RM14.58 setelah ‘mark up’ keuntungan 25% ( lihat carta http://goo.gl/n6rp6k).

Di bawah GST pula, harga minuman yang sama adalah RM13.25, pengurangan sebanyak 9% (atau RM1.33).

Jadi adakah minuman itu menjadi 6% lebih mahal? Tentunya tidak.

Maka pengguna harus maklum pelaksanaan GST ini juga mempunyai banyak kebaikan yang memanfaati mereka.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/21/Real-impact-of-GST-on-cost-of-living-It-helps-change-the-way-we-pay-tax-provides-more-transparent-s/?style=biz