Penipuan Mengenai GST

1) RAFIZI : GST ADALAH CUKAI BARU YANG AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT.

Fakta : Jika GST adalah cukai baru, SST tidak akan dimansuhkan. GST adalah penambahbaikan cukai daripada SST yang telah diimplimentasi di negara ini sejak 1972/1975.

2) RAFIZI : 90% RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DI NEGARA INI AKAN TERBEBAN DENGAN CUKAI YANG TAK SEPATUTNYA DIKENAKAN KE ATAS MEREKA.

Fakta : Sejak 1972/1975 semua rakyat Malaysia telah membayar cukai SST pada barang/perkhidmatan yang mereka beli.

3) RAFIZI : GST AKAN MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG SECARA MENDADAK. INI AKAN MENYEBABKAN TERJADINYA INFLASI.

Fakta : Kenaikan harga barang disebabkan oleh ketidakfahaman dan ketamakan peniaga menjadikan GST sebagai alasan menaikkan harga barang. Sejarah menunjukkan indeks inflasi di negara-negara lain menjadi lebih stabil selepas melaksanakan GST.

Lagipun, “Untuk turunkan harga barang, harga minyak perlu diturunkan” menurut Rafizi.

4) RAFIZI : BARISAN NASIONAL AKAN TUMBANG DALAM PRU14 JIKA MELAKSANAKAN GST DI NEGARA INI.

Fakta : Jika BN akan tumbang, kenapa sibuk membantah? Adakah Pakatan Rakyat bimbang ekonomi negara akan menjadi lebih stabil selepas GST?