Penjenayah Minta IGP Dipecat

Hanya di Malaysia media massa memberi ruang kepada sekumpulan pengingkar undang-undang menyatakan hasrat mereka supaya Menteri Dalam Negeri, Datu Seri Ahmad Zahid Hamidi, memecat Ketua Polis Negara, tan Sri Khalid Abu Bakar.

Malaysiakini.com melaporkan sekumpulan NGO hari ini menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berundur ekoran dakwaan meningkatnya amalan salah guna kuasa dan tekanan terhadap kebebasan di negara ini.

Mereka merancang mengetengahkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid kerana tidak puas hati terhadap tindakan polis bertindak berdasarkan komen di Internet.

“Kami akan susun strategi sama ada (pengunduran Khalid) melalui petisyen atau minta menteri dalam negeri adakan mesyuarat untuk bentangkan kenapa kita perlu seorang macam IGP letak jawatan,” kata pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Selain BERSIH, gesaan sama dikongsi oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan mahasiswa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kesemua badan bukan kerajaan ini merupakan antara kumpulan yang sering melanggar undang-undang mengadakan perhimpunan haram dan demontrasi di atas jalan raya sehingga mencetuskan beberapa kekecohan dalam BERSIh 1 dan II beberapa tahun lalu.

Lebih melucukan mereka meminta Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana polis menjalankan tanggungjawab mereka menguatkuasa undang-undang negara.

Mereka tidak berpuas hati degan tindakan Polis menahan dan menyiasat penganjur perhimpunan haram di ibu kota mendesat Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Setakat ini, lima orang ditangkap kerana mengadakan perhimpunan terbuka secara haram dan mengkritik penghakiman kes Datuk Seri Anwr Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sepatutnya mereka menyokong tindakan polis menjaga ketenteraman awam. Sungguh melucukan mereka meminta Polis yang menjalankan tugas meletak jawatan.

Selepas ini apa? Bebaskan semua pencetus huru hara, penjenayah dan pengingkar undang-undang asalkan mereka menyokong Pakatan Rakyat?