Petisyen Bebaskan Anwar Kembali, Petisyen Pertahan Kedaulatan Negara Pula Disekat

Ramalan beberapa rakan Facebook saya hari ini sangat betul.

Selepas petisyen “Free Anwar” oleh Pakatan Rakyat disekat kerana melanggar terma (mungkin dengan menggunakan bots automatik atau akaun palsu untuk daftar dan tandatangan dengan cepat pada masa satu hari) sebahagian dari anda semua telah meramalkan bahawa askar Pakatan akan menggunakan bots dan akaun palsu mereka untuk menandatangani petisyen “Hormati Hak Kedaulatan Malaysia (Respect Malaysia’s Sovereign Rights)” untuk menjadikannya disekat juga.

Dan anda semua betul!

Kerana petisyen hak kedaulatan berkenaan, yang kali terakhir dilihat mempunyai lebih kurang 72,000 tandatangan, telah disekat dengan alasan yang sama digunakan untuk petisyen “Free Anwar” semalam.

Dan sekarang petisyen mereka yang sebelum ini dikeluarkan ada kembali – kurang daripada 20 jam selepas menuduh kerajaan sabotaj, sebab Najib bermain golf dengan Obama atau TPPA!

Sangat kotor permainan mereka!

NED?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1639937562891698