PM Najib Tak Perlu Keluar Kenyataan HUDUD

Sekarang ini telah berlaku satu gelombang besar daripada masyarakat bukan Melayu menolak DAP selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau Hudud, 20 Mac lalu.

Gelombang itu berlaku apabila masyarakat bukan Melayu berasa tertipu dengan DAP di mana sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) parti itu meminta mengundi PAS dengan jaminan DAP dapat mengawal PAS dan parti Islam itu akan berhenti daripada memperjuangkan Negara Islam dan hudud.

Ini menjadi lebih teruk apabila terdapat bukti video dan dokumentari bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri menandatangani dan bersetuju bahawa PAS boleh memperjuangkan sebuah Negara Islam (termasuk Hudud) sebelum PRU 13 – ini sekaligus merupakan bentuk penipuan terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa yang sama.

Dan diburukkan lagi oleh Lim Guan Eng yang enggan mengulas mengenai surat dan video apabila berdepan beberapa kali oleh wartawan akhbar dan hanya memberi komen rapuh “Let it PASS first”.

Malah paling dahsyat, apabila Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ apabila hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya dengan PAS.

Sekarang, DAP cuba berusaha dengan sangat keras untuk memberi tekanan pula terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya membuat pendirian BN berkaitan Hudud untuk menyelamatkan DAP dan Pakatan dari masalah utama mereka sekarang ini.

Mereka (kini sangat) bergantung pada PM untuk berkata “Tiada Hudud” dan dengan serta-merta akan melegakan ketegangan masyarakat bukan Islam dan DAP akan berkata, “Lihat, saya memberitahu anda .. tidak ada masalah. Hudud tidak akan berlaku”.

Dan disebabkan faktor ini, saya percaya PM Najib tidak perlu membuat apa-apa kenyataan mengenai hudud pada masa sekarang walaupun beliau telah didesak oleh parti komponen lain.
Mengapa menawarkan cara yang mudah jalan keluar untuk DAP dan Pakatan? Biarkan mereka perjuangkannya dan orang ramai harus terus marah pada mereka kerana mengelirukan rakyat.

Sebelum ini di bawah inisiatif 1Malaysia, PM telah mengisytiharkan dengan tegas pada September 2011 bahawa “Kerajaan tidak akan menguatkuasakan undang-undang hudud di Malaysia” kerana situasi dan masa belum sesuai. http://www.thestar.com.my/story/?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F25%2Fnation%2F9571868

Dia tidak perlu mengulangi pendirian ini sekali lagi.

Dan oleh kerana DAP dan Pakatan berjaya menipu bukan Islam untuk menolak konsep 1Malaysia dan juga meyakinkan orang bukan Islam untuk meminta supaya boleh menggunakan kalimah “Allah”, tidak kah ini petunjuk bahawa bukan Islam kini boleh menerima Hudud?

Setelah menolak konsep 1Malaysia dan Perdana Menteri dari UMNO yang paling bersederhana, orang bukan Islam telah membuat Najib terdedah kepada penyokong UMNO yang marah yang percaya bukan Islam telah mengkhianati Najib dan 1Malaysia.

Saya percaya PM perlu melakukan perkara yang demokratik dan membolehkan rang undang-undang dihantar untuk diundi di parlimen, ketepikan semua arahan dan pegangan parti untuk membolehkan semua Ahli Parlimen untuk mengundi berdasarkan hati nurani mereka sendiri dan bebas – sama ada untuk membenarkan Hudud di Kelantan atau tidak.

Rang undang-undang kemungkinan besar akan kalah dalam pengundian juga akhirnya kerana kebanyakan parti-parti komponen BN – terutamanya dari Malaysia Timur adalah tidak setuju dengan hudud.

Dan walaupun sekiranya (dengan kebarangkalian kecil) bahawa rang undang-undang itu lepas, parti-parti komponen BN masih boleh mencabar rang undang-undang itu di mahkamah.

Mengapa membiarkan DAP dan Pakatan cara mudah untuk keluar daripada keadaan huru-hara yang mereka ciptakan untuk kita semua rakyat Malaysia?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1648015865417201