Rafizi Berbohong atau BODOH Apabila Kata CEO Ambank Letak Jawatan Kerana 1MDB

Dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Malaysiakini.com bahawa pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Ashok Ramamurthy dan dua lagi pegawai atasan bank itu disebabkan audit Bank Negara menemui kejanggalan dalam pinjaman 1MDB merupakan satu pembohongan dan fitnah.

Malaysiakini.com memetik Rafizi sebagai berkata pengunduran itu berlaku selepas Bank Negara menjalankan audit pematuhan pada Ambank dan menemui ketidakaturan itu.

“Berita berhubung pertukaran kepimpinan Ambank berlalu senyap tanpa perhatian media dan orang awam,” kata Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

Kenyataan Rafizi Ramli bahawa pengunduran Ashok Ramurthy dibuat secara senyap dan sembunyi adalah satu pembohongan yang luar biasa.

Sebagai sebuah korporat besar yang mengamalkan ketelusan dan disenaraikan di Bursa Malaysia, AMBank mempunyai tanggungjawab memaklumkan kepada umum mengenai penukaran jawatan-jawatan utama bank tersebut.

Hampir sebulan yang lalu iaitu pada 29 Januari 2015 Ambank telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia mengenai peralihan kepimpinan bank tersebut.http://www.ambankgroup.com/eng/InvestorRelations/BURSAAnnouncements/Pages/default.aspx

Jadi bagaimana baru hari ini Rafizi mendapat berita pengunduran dan Malaysiakini memilih untuk menyiarkan kenyataan sampah sarap ini?

Ashok yang berada di penghujung kontrak memilih untuk menyambung kontrak untuk memberi tumpuan kepada keluarganya dan juga mencari pengalaman baru.

Ambank pada 29 Januari lalu memaklumkan Ashok akan berhenti dari Ambank untuk bersama keluarga beliau di Melbourne. Beliau juga telah mendapat tawaran sebagai Eksekutif Kanan dalam Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ).

Ambank pada tarikh yang sama menegaskan beberapa pegawai kanan bank tersebut masih kekal sehingga kontrak mereka tamat.

Malangnya, Rafizi Ramli bukan sahaja malas menyelidik malah tidak langsung membaca kenyataan AMBANK pada bulan Januari lalu lagi.

Hairannya nanti akan ada rakyat Malaysia yang masih menyokong pembohong dan pemfitnah seperti Rafizi Ramli ini. Lebih aneh, orang Islam sanggup mengenepikan agama Islam untuk memilih seorang pembohong dan kaki fitnah ini sebagai pemimpin mereka.