Rafizi dan Tony Pua Kritik 1MDB Sebab Nak Bangkitkan Kemarahan Rakyat

Kita boleh bersifat kritikal terhadap 1MDB. Tetapi apakah objektif daripada kritikan kita?

Ahli politik seperti Tony Pua dan Rafizi sudah pastilah mahu menggunakan isu 1MDB demi undi pilihanraya.

Bahkan, begitu terdesaknya Rafizi sehinggakan mengelirukan rakyat dengan dakwaan kerajaan menerbitkan dua buah bond pada awal 2015 yang berjumlah RM2 billion bagi membayar hutang 1MDB.

Hakikatnya terdapat 8 lagi bond yang diterbitkan pada hujung 2014 dan awal 2015 yang berjumlah RM10.8 billion. Mengapa ‘cherry-picking’ fakta?

Ini jelas menunjukkan mereka mengkritik bukannya kerana benar-benar risau akan impak hutang 1MDB kepada ekonomi negara. Sebaliknya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia ‘at all costs’.

Adakah kita seperti mereka dalam mengkritik 1MDB?

Artikel penuh oleh MatRodi: https://www.facebook.com/matrodi.my/posts/351377198403520:0