Sarawak Report Sahkan 700 juta USD Tak Pernah dibayar Kepada Jho Low

Setelah menggali dengan lebih dalam terhadap laporan mereka, saya mendapati bahawa Sarawak Report juga mengesahkan bahawa USD700 juta tidak pernah dibayar kepada Jho Low tetapi diletakkan di bawah satu dana di Panama yang akan diuruskan oleh Seet Li Lin (mungkin sekutu Jho Low).

DI SINI ADALAH BUKTI, Dari Sarawak Report sendiri:

“However, another interesting document, also drawn up by Jho Low’s legal assistant Tiffany Heah and sent to Patrick Mahony on 28th September, indicates that a sum of USD$610 million was indeed planned to make its eventual way into the PSI Seychelles company based at the same address as Good Star.

This document lays out an ‘Investment Management Agreement’ between PetroSaudi International Limited ‘incorporated in the Seychelles’ and Panama Investment Manager ‘incorporated in Panama’.

Under the agreement, PSI Limited agrees to surrender control over a sum of USD$610 million to Panama Investment Manager, allowing it to invest the money as it sees fit for a period of ten years.

Tarek Obaid signed the document on behalf of PSI Seychelles, which is described as a wholly owned subsidiary of PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited (Company No: MC-231027).”



Ini adalah satu perkara yang penting kerana ini bermakna pemilikan USD700 juta tidak pernah dipindahkan oleh PetroSaudi tetapi dilaburkan dalam dana yang diuruskan oleh orang lain – bermakna USD700 juta dan apa-apa pulangan wang yang dibuat kekal dengan PetroSaudi.

Ini bermakna tidak ada perubahan dalam pemilikan USD700 juta dan jumlah keseluruhan masih dimiliki oleh PetroSaudi dan bukannya pihak lain.

Tidak terdapat bukti bahawa yuran pembrokeran telah dibayar sama ada oleh 1MDB atau PetroSaudi untuk Jho Low atau sekutunya untuk mengatur dan membantu menstruktur perjanjian ini.

Nampaknya laporan Sarawak Report terhadap Jho Low menyalur keluar USD700 juta adalah tidak benar dan mungkin akan disaman.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1635048386713949&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1