Sebab GST Perlu di Malaysia

1. GST MEMBOLEHKAN PENGURANGAN CUKAI PENDAPATAN DAN CUKAI KORPORAT.

  • Meluaskan asas cukai membolehkan Malaysia untuk terus mengurangkan cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat seperti kita jalankan sejak 2009:http://tinyurl.com/mbb9ygw
  • Cukai pendapatan yang lebih rendah adalah cukai yang demokrasi kerana keputusan sama ada mereka mahu dikenakan cukai kurang atau lebih kini bergantung kepada berapa banyak yang seseorang itu mahu belanjakan berbanding cukai yang diambil sebelum ia masuk ke dalam poket mereka.
  • Cukai korporat yang lebih rendah menggalakkan pelaburan (asing dan tempatan) dan juga mengurangkan insentif bagi pengelakan cukai. Ini akan merangsang ekonomi kita.


2. CUKAI KORPORAT YANG LEBIH RENDAH MENGURANGKAN ALIRAN KELUAR WANG HARAM.

  • Apabila cukai korporat kita (26% sekarang) tidak berbeza besar berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura (17%), orang akan kurang cenderung untuk membuat penentuan harga menyimpang (trade mispricing), yang membentuk sebahagian besar daripada aliran wang haram kita.
  • Kurangnya aliran keluar wang haram akan menjadikan wang berada dalam Malaysia (berbanding ‘dicuri’ oleh jiran kita) dan dengan itu menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan. http://tinyurl.com/mvzgnea


3. GST MENGURANGKAN PENGELAKAN CUKAI DAN MENCUKAI EKONOMI ‘HARAM’.

  • Hanya 5.6% daripada rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan ramai orang tidak mengisytiharkan jualan mereka atau merendahkan keuntungan berbanding sebenar dalam laporan mereka. http://tinyurl.com/kol9vm7
  • Sebahagian besar wang tambahan utama dari GST bukan datang daripada rakyat yang mengisytihar cukai (cukai mereka dikurangkan) tetapi dari orang-orang yang tidak membayar cukai.
  • Pengendali perniagaan yang haram, ahli politik dan kakitangan awam yang korup, bookie judi, samseng, ah long, pelacur, dan lain-lain juga akan membayar cukai melalui GST apabila berbelanja keuntungan haram mereka. Sudah tentu orang-orang ini tidak mengisytiharkan pendapatan mereka kerana urusniaga tunai mereka adalah menyalahi undang-undang.


4. GST MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KITA PADA PETRONAS DAN CUKAI PETROLEUM SERTA MELINDUNGI MALAYSIA DARI KETIDAKSTABILAN PASARAN KOMODITI.

  • PM Najib telah mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum daripada 40% daripada hasil kerajaan pada tahun 2009 kepada 21% pada tahun 2015.http://tinyurl.com/ld92yae
  • GST adalah cukai menyeluruh ke atas penggunaan – sama ada keuntungan korporat naik atau turun, kutipan GST adalah agak stabil. Jika tahun yang buruk bagi komoditi berlaku dan keuntungan korporat menjunam bermakna kutipan cukai akan kurang dan dengan itu bajet kerajaan akan terjejas teruk. GST menghilangkan risiko ini.


5. GST BOLEH MEMBANTU MENGGALAKKAN KESAKSAMAAN PENDAPATAN.

  • Pendapatan tambahan dari sistem GST kemudiannya boleh disalurkan kepada golongan miskin melalui BR1M atau program-program sosial yang lain. Ini dikenali sebagai cukai negatif kerana golongan miskin adalah benefisiari BERSIH dari GST. Kebanyakan perbelanjaan golongan miskin sudah dikecualikan GST dan dengan BR1M dan sumbangan lain, mereka benar-benar mendapat lebih banyak di bawah GST.
  • Sebagai contoh bodoh (tapi ada benarnya), pengemis akan semakin kaya melalui pemberian BR1M yang semakin tinggi manakala Ah Long atau penjawat awam korup yang sebelum ini tidak dikenakan cukai ke atas keuntungan haram mereka akan menjadi kurang kaya kerana perbelanjaan yang mewah mereka akan dikenakan cukai GST.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1618259795059475?fref=nf