Segera Tandatangan Petisyen Untuk Pertahan Kedaulatan Negara

Walaupun negara telah merdeka 57 tahun dahulu, namun kita bertanggungjawab memelihara kemerdekaan yang dikecapi melalui titisan darah nenek moyang kita. Sekiranya tak mampu mengangkat senjata, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Pertahankan maruah negara dengan tandatangan petisyen ini.
Tandatangan ini boleh menyelamatkan negara kita dari campur tangan Amerika Syarikat. Mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran negara lain. SEBARKAN petisyen ini agar tanggungjawab ini dapat dipikul bersama.

https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Jangan mengalah, walaupun 60,000 tandatangan telah dipadam begitu sahaja. Kami percaya, berjuta-juta rakyat Malaysia mahukan kedaulatan negara kita tidak diganggu dan disentuh oleh kuasa asing.

Biar mereka main kotor, kita tetap teruskan petisyen ini!