Sudah Sampai Masa Pesawat Berusia 20 tahun Untuk Diganti

Pesawat Baru Ganti Pesawat Berumur 20 tahun.

Perolehan pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu
keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan
pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa
pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah
mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agong layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi
kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang
mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat
Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan
pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat
VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG)
sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?