Tariff Air Penang Meningkat

Apa yang DAP Pulau Pinang cuba lakukan? Ambil kesempatan daripada GST sebanyak 6% dan meningkatkan kadar air sehingga 400%? Sudah gila? Mengapa mesti 1 April?

Selama 19 tahun, kerajaan parti Gerakan negeri Pulau Pinang tidak pernah menaikkan kadar air – punca mengapa ia adalah salah satu kadar yang terendah di seluruh Malaysia.

Tetapi sejak DAP mengambil alih, mereka telah meningkatkan kadar air 3 kali – termasuk memperkenalkan surcaj air pada tahun 2011 di mana ia tidak wujud sebelum itu dan kemudian ia meningkat 2 kali ganda pada tahun 2013.

Kali ini, peningkatan bagi penggunaan domestik naik purata sebanyak 16.7% dan sehingga 30% bagi pengguna berat.

Tetapi ultimatum adalah untuk pengguna perniagaan, peningkatan kadar air yang lebih dramatik – sehingga 400% untuk harga asas dan lebih daripada 2 kali ganda bagi penggunaan air biasa.

Kenaikan ini menjadikan kenaikan harga bas, teksi dan KTM oleh SPAD kelihatan seperti main-main. Apabila DAP Pulau Pinang menyerang, mereka pukul dahsyat sekali!

PR = Price Rise, bukan? Lebih kurang seperti Barang Naik.

Sebelum terlupa, Pengerusi Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) adalah YAB CM Lim Guan Eng, yang pada masa ini sangat senyap
[dan mengelak menjawab soalan tentang surat persetujuan bersama membolehkan PAS berjuang Negara Islam (dan Hudud)].

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1645329055685882&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1