Teori Bodoh John Amlot Berkenaan Petisyen

Nota: John Malott ialah bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia dan merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim yang juga menjadi penghubung dengan Paul Walfowitz.


Malott memberitahu Malaysiakini beliau tidak menerima apa-apa pemberitahuan dari White House mengenai penyekatan petisyennya.

“Saya terkejut apabila mengetahui bahawa petisyen itu telah digantung, dan bahawa laman web White House berkata bahawa kita telah melanggar terma-terma dan syarat-syarat, yang kita tidak lakukan. Laman web ini juga berkata bahawa mereka akan menghubungi saya, tetapi mereka tidak pernah lakukan. Jadi saya hairan,” katanya.

Malott berkata beliau kemudiannya menghubungi White House, dan pejabat yang mengendalikan petisyen memberitahunya untuk menghantar e-mel mengenai pertanyaan beliau.

Setakat ini tiada penjelasan mengapa petisyen itu telah digantung dan mengapa ia diletakkan semula dalam talian.

“Saya hanya boleh membuat spekulasi apa sebab kesilapan ini. Saya mempunyai dua teori. Sistem komputer White House cuba untuk mengesan tandatangan yang tidak ‘asli’ dan yang dihasilkan oleh bots komputer,” kata Malott.

“Jadi, satu teori adalah sistem komputer mereka mengesan kenaikan pantas tandatangan sejak beberapa hari lalu dan secara automatik menutup petisyen itu sehingga seseorang boleh menyemak kesahihan tandatangan.”

“Komputer melakukannya sekitar 10:00 malam (10:00 pagi semalam waktu Malaysia) dan meletakkan status ‘penyingkiran’ di laman web. Kemudian, apabila seorang manusia sebenar datang bekerja pada pagi Selasa (masa Washington DC) dan melihatnya, mereka dapati bahawa tandatangan adalah sah, dan mereka muatnaikkan semula petisyen itu.”

“Teori lagi satu adalah kesilapan manusia. Mereka keliru antara kedua-dua petisyen – petisyen Anwar dan petisyen ‘Hormati Hak Kedaulatan Malaysia’. Ramai orang di Malaysia percaya bahawa sebahagian besar tandatangan balas petisyen itu adalah yang dihasilkan komputer dan tidak tulen.”

“Oleh itu, teorinya adalah bahawa seseorang di White House berkata ‘sekat petisyen itu’, dan mereka keliru antara kedua-dua petisyen berkaitan Malaysia. Itu menjelaskan mengapa petisyen kita kemudiannya dikembalikan semula dan sebaliknya, mengapa petisyen balas telah dimansuhkan.”

Petisyen balas yang menggesa pentadbiran Obama untuk tidak campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia telah digantung awal pagi ini oleh laman web White House.

Malott berkata beliau tidak meminta untuk petisyen itu disekat.
http://www.malaysiakini.com/news/291592



1) Teori 1: Komputer mengesan bots dalam petisyen “Free Anwar” dan secara automatik menyekatnya tetapi manusia lepaskan petisyen itu semula. LOL

2) Teori 2: Manusia mengesyaki bahawa petisyen “Hormati Hak Kedaulatan Malaysia” penuh tandatangan palsu dan mahu menyekatnya tetapi menjadi keliru dan menyekat petisyen yang salah? LOL

Jenis alasan apakah ini John Malott?

Ini adalah bukti selebihnya apabila lebih dekat anda dengan KETUM, semakin mabuk anda jadi.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1640080302877424