Terbit Fitnah Dulu Lepas itu Tarik Balik dan Mohon Maaf

Kita sudah sedia maklum tentang penahanan beberapa pekerja The Malaysian Insider, portal pro-pembangkang yang baru-baru ini telah mengejutkan negara dengan satu pembohongan dan fitnah jahat terhadap Majlis Raja-raja Melayu.

Mereka yang ditahan ialah Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong.

Polis juga telah menahan penerbit akhbar mingguan bisnes, The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.http://goo.gl/y8Nr5l

Yang amat memalukan ialah bukannya The Malaysian Insider mahu insaf atau meminta maaf tetapi sebaliknya, menyiarkan berita yang menghentam pihak polis di dalam portal tersebut. Malah, beberapa kenyataan yang diambil oleh portal pro-pembangkang itu juga menunjukkan ketidakarifan pihak tersebut tentang isu memfitnah Majlis Raja-raja Melayu ini.

Sebagai contoh ialah kenyataan Centre for Independent Journalism (CIJ) yang mempersoalkan ‘keangkuhan pihak berkuasa dalam melakukan tangkapan’. Memang sungguh naif bodoh tuduhan CIJ ini. Yang lebih tidak bertanggungjawab ialah kenyataan CIJ yang seterusnya;

“Sekiranya artikel itu didapati tidak betul, ia boleh dibidas dan TMI boleh diminta menarik balik atau membuat pembetulan,” kata Pengarah CIJ Sonia Randhawa dan Jac Kee dalam satu kenyataan semalam. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-wartawan-kecam-penahanan-pengarang-tmi

Beginikah mentaliti pihak Centre for Independent Journalism di dalam mempertahankan etika kewartawan di dalam negara ini?

Sepatutnya, setiap wartawan mesti memastikan berita yang mereka akan laporkan itu sah dan benar sebelum diterbitkan. Inilah yang patut keluar dari mulut Sonia Randhawa tetapi tidak.

Dan jika media negara ini mengikut sikap CIJ ini, maka banyaklah fitnah buruk yang boleh dilemparkan kepada sesiapa sahaja terutamanya terhadap pihak kerajaan seperti yang berlaku sekarang.

Selepas “damage has been done”, kemudian “tarik balik atau perbetulkan laporan” tersebut. Maka hancurlah negara ini dengan fitnah.

Yang hairannya, di manakah kelibat CIJ bila pemimpin-pemimpin pembangkang menyaman pihak media sebelum ini? Kenapa tidak kutuk pemimpin-pemimpin tersebut?

Di sini sahaja kita boleh lihat sikap double standard pihak Centre for Independence Journalism. Sungguh memalukan.

CIJ juga berleter mengatakan:

“Memalukan dan mengejutkan kerana undang-undang digunakan dalam cara ini dan ini merupakan satu serangan atas kedaulatan undang-undang.”

Realitinya, pihak yang difitnah iaitu Majlis Raja-Raja Melayu juga perlu dipertahankan bukan sahaja kerana kedaulatan undang-undang tetapi status Raja-raja Melayu yang perlu dipertahankan oleh CIJ dan setiap orang yang mengaku warga negara Malaysia.

Kerana jika institusi tertinggi negara yang juga merupakan ketua agama Islam negara ini tidak dipertahankan oleh pihak polis, maka rakyat sudah pasti akan hilang kepercayaan kepada pihak polis.

Ketika itu, apakah CIJ akan mempertahankan pihak polis? Kita sudah tahu jawapannya!

http://novandri.blogspot.com/2015/03/terkini-portal-propembangkang-malaysian.html