Tian Chua Gesa Agong Bebaskan Anwar Ibrahim

PKR melalui Naib Presidennya, Tian Chua telah menggesa Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah campur tangan untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada Penjara Sungai Buloh.

“Kami menyeru kepada pihak Istana untuk mengakui bahawa (berlaku) kesalahan yang terang-terangan dalam proses kehakiman dan segera campur tangan untuk membetulkan keadaan.

“Tidak ada penawar untuk memperbetulkan salah urus keadilan kecuali bebaskan segera Anwar Ibrahim,” kata Tian Chua. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/25/agong-morally-bound-to-act-on-anwars-pardon-says-mp/

Tian Chua berkata Anwar adalah ketua pembangkang dan wakil parlimen yang sah, jadi integriti badan kehakiman dipertikaikan kerana memenjarakannya.

Beliau mengulangi pendirian PKR bahawa Anwar tidak bersalah daripada jenayah liwat dan tuduhan terhadapnya adalah dakwaan yang direka-reka.

Pada Selasa, keluarga Anwar yang diwakili oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Nuha Anwar telah mengemukakan petisyen memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.