Tony Pua Tak Jujur Dan Setia Dengan Penyokong Beliau

Minggu lepas, seseorang menghantar saya satu salinan penuh Penyata Kewangan Beraudit 1MDB 2014. Ia merupakan satu dokumen yang panjang setebal 172 muka surat dan ia memerlukan saya sedikit masa untuk membaca.

Dalam nota dokumen, saya akhirnya menemui bukti kukuh di muka surat 170 (http://goo.gl/XSgVxx) mengapa Ananda Krishnan boleh terlibat dalam pembayaran balik pinjaman penyambung RM2 bilion yang terkenal yang ramai orang mengatakan telah gagal kerana 1MDB tidak membayarnya.

Di dalamnya, ia dengan jelas menyatakan bahawa kumpulan Tanjong milik Ananda Krishnan telah menandatangani pada Mei 2012 untuk melanggan RM2 bilion saham dalam aset tenaga 1MDB dan pembayaran balik RM2 bilion adalah dirancang dari langganan ini atau daripada IPO (yang masih belum berlaku). Perjanjian Mei 2012 juga diperbaharui pada Ogos 2014.

Kebarangkalian perjanjian Mei 2012 ini adalah sebahagian daripada pembayaran penuh pembelian keseluruhan aset kuasa Ananda bernilai RM8.5 bilion – ya, pada bulan Mei 2012. Dan ini adalah sebab mengapa Ananda Krishnan juga meletakkan cagaran penuh bagi pinjaman RM2 bilion.

Oleh itu, pinjaman RM2 bilion tidak pernah gagal dibayar – ia telah dilanjutkan beberapa bulan untuk Ananda Krishnan dan 1MDB menyelesaikan perjanjian langganan yang mengambil tempoh lama – pembayaran balik itu ditangguhkan dari bulan November hingga Disember dan akhirnya diselesaikan sepenuhnya pada Januari 2015.

Saya rasa kelewatan beberapa bulan adalah munasabah. Walaupun Ananda adalah bilionair, ia masih memerlukan masa bagi seseorang untuk keluarkan RM2 bilion tunai bagi membayar pinjaman.

Pengesahan ini juga diberikan dalam jawapan bertulis di Parlimen. Kementerian Kewangan berkata, “1Malaysia Development Berhad tidak meminjam wang dari hartawan Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutangnya.”

Perkataan utama ialah “Meminjam” – bukan melanggan atau ekuiti.

Sekarang, bahagian yang menarik. Tony Pua telah memiliki dokumen ini sejak 10 November 2014 di mana beliau dengan bangganya memaparkan di Facebook beliau dan berkata:

“My bedtime reading for the next week. 172-page much-delayed and most anticipated 1MDB Financial Statement for year ended 31 March 2014.” http://tinyurl.com/mlnuh5x

Kecuali jika terdapat kecacatan teknikal yang besar pada cermin mata beliau, TIDAK MUNGKIN Tony Pua telah terlepas pandang muka surat 170 dan mengetahui bahawa Ananda Krishnan sememangnya terlibat dalam pembayaran balik pinjaman RM2 bilion itu kerana terdapat penjanjian yang ditandatangani sejak bulan Mei 2012.

Tetapi menyedihkan, beliau “buat tak tahu” dan terus mengelirukan zombei dan orang ramai di Malaysia dan terus berulang kali mengatakan RM2 bilion gagal dibayar dan “memalukan bagi 1MDB untuk meminjam daripada Ananda Krishnan” seperti dalam artikel ini: http: // tinyurl .com / o3lxzkx

YB Tony Pua. Bolehkah anda menjadi lebih CEKAP, AMANAH serta TELUS?

Jika anda membaca dokumen dan menyedari perjanjian Mei 2012, mengapa anda tidak pernah memberitahu penyokong anda tentang perkara ini dan terus mengelirukan orang ramai?

Kami mengharapkan integriti jauh lebih baik daripada anda.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1646803445538443&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1