Wan Azizah Seperti BURUNG KAKAK TUA yang Hanya Pandai Sebut Kalimah Diajar Tuannya

Pada 19 Mac, Wan Azizah dengan penuh yakin memperkatakan tentang Fiqh Al-Awlawiyat, Maslahah Ummah dan Maqasid Syariah dalam usahanya meyakinkan DAP bahawa PKR mempunyai cara menolak hudud yang tidak akan membangkitkan kemarahan para penyokong Melayu-Islam, dan pada masa yang sama, berjaya pula menggunakan elemen agama untuk memperdayakan ahli-ahli PAS yang tidak begitu faham. http://www.malaysiakini.com/news/292518

Hari ini, iaitu 26 Mac, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membelasah Wan Azizah dan menyifatkan Wan Azizah sebagai burung kakak tua yang tidak faham, tidak mengamalkan dan tidak mendalami apa yang dituturkannya, melainkan semata-mata berdasarkan skrip. https://www.malaysiakini.com/news/293289

Suatu ketika dahulu, telah didedahkan bahawa Wan Azizah sebenarnya tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar bertindak sebagai burung kakak tua yang membacakan skrip yang telah dikarang oleh Anwar Ibrahim. Wan Azizah seringkali terbabas atau ‘out-of-date’ daripada maklumat terkini.

Samalah seperti dia membela suaminya, Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, dia tahu tentang segala bukti dan fakta yang tidak langsung dapat disanggah oleh belasan orang peguam upahan Anwar Ibrahim. Dia masih menyatakan suaminya difitnah dan sekarang menjadi tahanan politik di Penjara Sungai Buloh walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT.

Tak lama dulu, Wan Azizah dikatakan sebagai burung kakak tua, para pengikut PKR, mengamuk sampai mencakar-cakar tanah. Sekarang, Presiden PAS pula kata Wan Azizah burung kakak tua, nak kata apa?