Ahli Jawatan Kuasa PAC – Ahli BN & PKR, Tidak Timbul Persoalan Masalah Integreti dan Berat Sebelah

Bila rujuk kepada portal rasmi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) http://www.parlimen.gov.my/pac/ahli-jawatankuasa-pac.html? di bawah adalah ahli-ahli jawatankuasa PAC:

1. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Pengerusi, 18 Julai 2013 – Kini
Ahli Parlimen Pulai (UMNO)

2. Dr. Tan Seng Giaw
Naib Pengerusi
Ahli Parlimen Kepong (DAP)

3. Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas (UMNO)

4. Dato‘ Abd Aziz bin Sheikh Fadzir
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (UMNO)

5. Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah (UMNO)

6. Datuk Liang Teck Meng
Ahli Parlimen Simpang Renggam (GERAKAN)

7. Datuk Madius Tangau
Ahli Parlimen Tuaran (UPKO)

8. Tuan Haji Hasbi bin Habibollah
Ahli Parlimen Limbang (PBB)

9. Datuk Wee Jeck Seng
Ahli Parlimen Tanjung Piai (MCA)

10. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang (PKR)

11. Tuan William Leong Jee Ken
Ahli Parlimen Selayang (PKR)

12. Dato‘ Haji Kamarudin bin Jaffar
Ahli Parlimen Tumpat (PAS)

13. Tuan Tony Pua Kiam Wee
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP)

Mereka terdiri daripada beberapa ahli parlimen daripada pelbagai parti politik termasuk DAP, PAS, PKR, GERAKAN dan UMNO

Maka, tidak timbul sebarang persoalan tentang integriti atau berat sebelah kepada mana-mana parti politik di negara ini kerana PAC turut diwakili oleh ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang seperti Dr Tan Seng Giew, Tony Pua atau pun Kamarul Baharin Abbas.

Ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang ini patut menggunakan saluran rasmi ini untuk mengetahui lebih lanjut persoalan tentang 1MDB. Harap jangan ‘ponteng’ atau tertidur dalam mesyuarat PAC.

Dan seperti yang dinyatakan di dalam laporan sebelum ini (https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/756087627839324/?type=1), tempoh pengauditan oleh pihak PAC akan mengambil masa yang agak lama tetapi ‘thumbs up’ kepada PAC kerana akan memulakan audit sendiri jika proses audit mengambil masa yang agak lama.

Kami menyokong penuh tindakan proaktif PAC ini. Lagi cepat lagi bagus.