Akta POTA 2015 Dan Kesalahan di bawahnya

1. Akta Pencegahan Keganasan (Prevention of Terrorism Act) ialah satu akta pencegahan jenayah berkaitan dgn aktiviti keganasan militan.

  • Militan ditafsirkan sebagai pertubuhan atau kumpulan yang menjalankan aktiviti ala ketenteraan yang tidak menggunakan protokol millitary, sebaliknya beroperasi tanpa mematuhi undang-undang dan secara am bersifat agresif.

2. Pertubuhan millitan kebiasaannya dikuasai oleh golongan;

  • Fanatik
  • Ekstrimis
  • Radikal

3. Pada masa kini, 80% pertubuhan militan berfungsi sebagai;

  • Tentera upahan
  • Pejuang kebebasan
  • Terlibat dengan aktiviti jenayah keganasan yang melampau seperti mengebom dan lain-lain
  • Perang saraf pelbagai cara
  • Pencetus kekacauan dengan serangan berbahaya

4. 80% militan ini pada masakini adalah tajaan operatif sulit kuasa besar yang menggunakan militan keagamaan sebagai senjata untuk mencetuskan sesuatu huru-hara yang bertujuan menjatuhkan sesebuah kerajaan untuk menguasai negara itu melalui kerajaan boneka ciptaan mereka.

5. Antara kesalahan dibawah Akta POTA ialah;

  • Menyokong akitviti militan dengan apa cara sekalipun samada secara fizikal ataupun non fizikal
  • Menyertai atau terlibat dengan apa jua aktiviti berkaitan militan dengan apa jua cara termasuk membuat promosi berkaitan militan ataupun mengeluarkan ayat-ayat perkataan yang menjurus kepada sokongan kepada militan dan sebagainya
  • Terlibat dengan apa cara sekalipun aktiviti latihan fizikal ataupun non fizikal dan lain-lain

6. Kes-kes contoh kesalahan dibawah Akta POTA;

  • Akan atau telah menyertai atau libatkan diri dengan ISIS dengan cara sedang atau telah atau akan mengaturkan perjalanan ke zon perang
  • Akan atau sedang atau telah membuat promosi atau iklan berkaitan seruan jihad diluar negara yang berkaitan dengan pertubuhan militan yang disahkan sebagai pengganas ataupun pertubuhan tentera upahan yang bertopengkan keagamaan
  • Menggunakan logo atau simbol pertubuhan militan yang disahkan keraguan ketulenannya sebagai sebuah pertubuhan kebebasan seperti PLO

7. Rakyat Malaysia harus berhati-hati dalam membuat sesuatu sokongan kepada mana-mana pertubuhan keganasan agar tidak terperangkap dan terlibat dengan kesalahan jenayah dibawah Akta POTA.

Oleh Tun Maharezza,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=920266848023768&set=a.265670286816764.78762.100001213849444&type=1