Akta POTA VS Akta ISA

1. Pakatan Rakyat telah membuat propaganda mengatakan undang-undang Akta POTA 2015 yang diluluskan parlimen adalah satu undang-undang bayangan ISA dan menggambarkan kerajaan menggubal akta tersebut atas tujuan politik.

2. Akta POTA 2015 amat berbeza fungsinya dan jenis jenayahnya dengan Akta ISA, keduanya dilihat seperti mempunyai ciri undang-undang yang sama.

3. ISA ialah satu undang-undang pencegahan jenayah keselamatan dalam negeri yang menjurus kepada kesalahan-kesalahan jenayah seperti;

  • jenayah sabotaj ekonomi spt pemalsuan wang
  • jenayah pemalsuan dokumen rasmi
  • jenayah berkaitan kaum bangsa agama kesultanan dn negara
  • jenayah berkaitan keganasan
  • jenayah berkaitan pengkhianatan
  • jenayah berkaitan hasutan
  • jenayah berkaitan sindiket senjata
  • dan lain-lain


4. Akta POTA 2015 ialah Akta Pencegahan Jenayah Keganasan, akta pencegahan ini ialah seperti mana kesalahan bagi Akta SOSMA, Akta POTA 2015 tidak memperuntukkan pencegahan jenayah seperti mana ISA.

Satu ciri persamaaan antara Akta ISA dengan Akta POTA 2015 ialah kedua-duanya bersifat undang-undang PENCEGAHAN.

5. Amat berbeza sekali jenis kesalahan dalam Akta ISA dengan Akta SOSMA, rakyat harus jelas dalam perkara ini agar tidak termakan hasutan Pakatan Rakyat yang ternyata mengelirukan orang ramai dengan membuat gambaran bahawa Akta POTA 2015 adalah akta seperti mana ISA.

Akta POTA telah mula digunakan dunia pada 2012 dan trend jenayah membabitkan jenayah keganasan semakin mengancam keselamatan dunia.

Malaysia amat perlukan Akta POTA bagi menangani jenayah keganasan yang semakin berleluasa.

Oleh Tun Maharezza,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=920053968045056&set=a.265670286816764.78762.100001213849444&type=1&fref=nf&pnref=story