Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

Pengampunan ke atas Anwar Ibrahim secara rasmi telah ditolak, hari ini. Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun, telah mengemukakan permohonan pengampunan menerusi keluarganya walaupun dikatakan, bukan Anwar yang meminta pengampunan diraja sebaliknya, isterinya iaitu Wan Azizah dan anak-anaknya. http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengampunan-ditolak-anwar-hilang-kelayakan-1.374956

Sekaligus, Anwar Ibrahim perlu meneruskan hukuman penjaranya selama lima tahun.

Pengampunan Diraja merupakan jalan akhir untuk bebas atau hukuman diringankan tanpa menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan. Si pesalah yang meminta pengampunan perlu memohon sendiri, menyatakan kekesalan atas perbuatan jenayahnya dan berikrar tidak akan mengulangi jenayah itu pada masa hadapan.

Sebelum ini, peguam-peguam dan keluarga Anwar Ibrahim enggan mengakui bahawa kerjaya politik Anwar Ibrahim telah berakhir apabila Pejabat Peguam Negara telah melupuskan permohonan ampun tersebut kerana tidak menepati syarat atau mengikut prosedur sepenuhnya.

Dengan penolakan ini, bererti tamatlah juga riwayat Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Parlimen Permatang Pauh kini sudah kosong dan satu pilihanraya kecil akan diadakan untuk mencari pengganti Anwar Ibrahim.

Wan Azizah sudah buat ‘road-tour’ di Permatang Pauh. Hasilnya, tidak meyakinkan. Ditambah pula dengan konflik antara DAP dengan PAS. Lebih teruk lagi ialah apabila Lim Guan Eng memberi amaran kepada PKR, DAP tidak akan bersama-sama membantu dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh sekiranya, PAS ada sekali.

PKR menerusi Azmin Ali cuba mengambil jalan singkat atau penyelesaian jangka pendek dalam usaha menjaga hati PAS agar penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh tidak bertindak memboikot PRK Permatang Pauh atau lebih teruk lagi memberikan undi kepada calon UMNO-BN dengan menyatakan, PKR tidak ada masalah dengan PAS di Selangor.

Salah seorang daripada peguam Anwar Ibrahim, Latheefa Koya berkata pihaknya akan membuat rayuan kepada penolakan tersebut dan akan mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang sedang berlaku.

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/rasmi-pengampunan-diraja-buat-anwar.html