Apa Kata GST Dicuba Di Sabah & Sarawak?

1
Ada satu tulisan seorang Facebooke perempuan sedang viral dan trendy. Tak perlu saya kongsi entri itu demi menjaga kehormatan ibubapanya. Tapi dia menulis lebih kurang begini:

“Apa kata GST itu dicuba di Sabah/Sarawak saja dulu. Sebab diorang inilah yang bagi kuasa pemerintahan pada BN!”

Ini bukan isu perbezaan sentimen politik. Bukan. Tapi sebagai orang Borneo, hati saya terbakar sungguh bila ada cubaan orang-orang di sana mau mengolok-olok pilihan demokratik kami. Salahguna fakta empirikal pula. Dia ingat semua orang bodoh macam dia dan keluarga dia.

2
Dengar sini perempuan tak sedar diri: dalam pilihanraya yang lepas, Semenanjung menawarkan 165 kerusi parlimen. 85 kerusi dimenangi oleh BN, cuma 80 dimenangi oleh PR.

Berdasarkan statistik ini (sekalipun tanpa undi Sabah/Sarawak), siapa yang patut diangkat sebagai kerajaan? Perempuan itu gagal matematik; atau dia mengira dengan puting susu. Atau ketika buat kiraan, dia sedang khayal kasmaran sebab ada bohjan sedang menggentel payudaranya?

Masih tidak puas hati dengan bukti empirikal 85 vs 80? Baik, fikirkan ini pula. Daripada 11 negeri di Semenanjung, 8 negeri memilih BN sebagai kerajaan. Itu banyak atau sikit? Nanti macai-macai abadi kerabangkang akan kata: tapi dari segi undi popular, kami menang mencanak-canak!

3
Betulkah mencanak-canak? Daripada 11 negeri, PR hanya menang undi popular di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Yang selebihnya, BN sapu bersih kedua-duanya – undi popular dan undi parlimen. Kalau di Sabah/Sarawak, BN pukul habis sampai PR terkangkang tiarap. Macam babi hutan yang baru mati disumpit.

Maksudnya apa? Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah diangkat oleh orang Sabah/Sarawak sahaja. Tapi dipilih oleh rakyat majoriti, seluruh negara. MAJORITI dalam konteks ini bermakna: merangkumi kesaksamaan ruang geografi dan demografi etnik. Bukan setakat mewakili angka individu per se, yang dicerap oleh undi popular.

Demokrasi yang hanya berteraskan kuantiti semata-mata (undi popular) adalah kurang bermakna. Sebab keadilan itu bukan sekadar samarata (equality); ia mestilah saksama (equity). Kita mahukan demokrasi yang berpaksikan kualiti (undi parlimen) – representatif kepada kelompak komuniti yang pelbagai. Bukan setakat mewakili 3 kaum mainstream – Melayu, Cina, India; tetapi juga mesti mengangkat suara 3 kelompok Orang Asli – Senoi, Jakun dan Negrito; 28 bumiputera Sarawak dan 32 natif Sabah. Wajarkah undi penduduk urban Pulau Pinang dan Selangor semata-mata dijadikan pemberat mutlak untuk menentukan kerajaan federal; yang akan memerintah Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah?

4
Dalam entri yang sama, ada seorang Apek pula merungut: “If Sabah and Sarawak were not part of Malaysia, we already had a new government.” Excuse me, there will be no Malaysia without Sabah and Sarawak. Because we collectively form Malaysia. Bukan Sabah/Sarawak ini hanya entiti pinggiran.

Nada Apek itu sama bitter dengan ayat perempuan-puting-susu yang tak reti mengira itu. Argumen what-if ini hanya sesuai untuk manusia yang tidak berpijak di bumi nyata. Orang yang taksub untuk terus hidup dalam dunia fantasi dan andaian. Tak mahu menerima realiti.

Hujah berasaskan KALAU ini sangat murah. Lima sen pun tidak bernilai. Siapa-siapa saja boleh berhujah secara hipotetikal begini. Misalnya: KALAU tiada orang Cina di Malaysia, sekarang ini BN masih kukuh menggenggam 2/3 kuasa parlimen. Atau begini: KALAU kemajuan Lembah Klang itu hanya setaraf Pensiangan atau Penangah (tanpa tembusan internet yang munasabah), Selangor tidak akan jatuh ke tangan PR.

5
Nampak tidak poin saya di situ? Argumen-argumen KALAU ini bukan saja bodoh, tetapi juga boleh menyinggung hati orang lain. Why can’t you just accept the reality (apa yang betul-betul TELAH berlaku) – and move on with life. Tak perlu merungut tak habis-habis: Oh ‘KALAU-lah’ Sabah/Sarawak tidak begitu dan tidak begini. Sebab hipotesis KALAU itu bukan hanya relevan untuk komuniti Borneo, ia juga boleh diaplikasi kepada komuniti Malaya.

Lagipun kenapa korang mau suruh kami (orang Borneo) undi PR? Apa yang PR boleh bagi kepada kami? Sedangkan perkara paling asas pun, iaitu kerjasama dengan parti tempatan, sampai sekarang tak reti-reti jalinkan. Jadi macam mana mau jadi pembela komuniti Borneo? Seburuk-buruk BN pun, sudah ada bukti bertahun-tahun bahawa ia BOLEH BERKOMPROMI dengan parti-parti lokal.

Tapi bercakap pasal isu kerjasama, apa sangatlah yang boleh diharap dengan PR? Sesama sendiri pun masih tak pandai berpakat. Gaduh antara parti tak habis-habis. Begitulah jadinya kalau kahwin haram tanpa akad yang sah. Nota: Pakatan Rakyat hanya gagasan ‘tidur sekatil tanpa lafaz nikah’, bukan perikatan rasmi yang mempunyai satu Presiden dan satu Perlembagaan sepunya seperti BN. Sebab itu ketiga-tiga parti komponennya bertanding dengan logo/nama masing-masing. Bahkan ada yang berlawan sesama sendiri dalam pilihanraya!

Tamaknya tak terperi. Jawatan MB yang seciput itu pun berebut-rebut. Siap ada langkah Kajang dan drama terajang menerajang. Mungkin kalau dapat jawatan PM, sanggup berperang dan berbunuh-bunuhan. So – apa bijaknya sangat parti pilihan itu dengan apa yang dipilih oleh Sabah/Sarawak? Sampai boleh mengata kami tidak sudah-sudah.

6
Tak suka GST, kritiklah kerajaan yang sama-sama dipilih oleh pengundi Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jangan finger-point secara selektif.

Kalau benci sangat dengan kerajaan yang ada, tunggu tiga tahun lagi. Guna hak kamu di peti undi. Kalau tidak sabar mau tunggu pilihanraya akan datang, sila berhijrah ke Siberia. Tak mampu beli tiket flight, buatlah rakit atau tongkang. Supaya kamu tak rasa terus terseksa di sini dan tak perlu lagi salahkan Sabah/Sarawak dengan derita emosi sendiri.

Kalau memang sudah tidak sabar, tetapi tidak juga berminat mau pindah ke negara lain: sila masuk semula ke dalam rahim ibu kamu menerusi lubang yang sama tempat kamu keluar dulu. Bila hampir dekat pilihanraya nanti, bisikkan menerusi tembuni: “Mak, boleh tak kangkang, teran dan kemut sekarang. Saya dah gian sangat mau merayap keluar.”

Oleh Rem Dambul,
Klimatologis Universiti Malaysia Sabah,
https://www.facebook.com/rem.dambul/posts/10206374878112069:0