Azmin Ali Main Politik Dalam Isu Air Selangor

DYMM Sultan Selangor menegur Azmin Ali dan Kerajaan Negeri kerana bermain politik dalam isu air dan tanah.

Azmin Ali pula membuat kenyataan kononnya, Kerajaan Persekutuan sebenarnya yang mahu merampas tanah negeri Selangor kerana Kerajaan Persekutuan telah bankrap dan kehilangan banyak duit. Sebab itulah dalam isu penstrukturan air Selangor, Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyelesaikan perjanjian dan aset tanah Selangor.

Secara terang dan jelas, Azmin Ali berputar belit, menipu dan cuba meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan dalam kegagalan Pakatan Rakyat memastikan bekalan air bersih terawat kepada pengguna di Lembah Kelang.

Tanah Datum Jelatek yang diserahkan kepada pihak asing oleh Kerajaan PKR mengapa tidak diperkatakan? Mengapa jualan tanah-tanah dan aset-aset Yayasan Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan, PKNS dan sebagainya kepada pihak asing, BERDAULAT SANGAT kah tindakan sebegitu?

Sedangkan penyaluran paip air dari stesen-stesen air yang tanahnya dipajak selama 45 tahun dianggap menjajah?

Ia samalah seperti kes RAMPASAN TANAH orang Melayu di Klang untuk projek Jambatan Ketiga Klang yang kemudiannya dituduh JKR adalah milik kroni UMNO, sedangkan JKR negeri berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri!

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/03/azmin-ali-putar-belit-lagi-dah-kerajaan.html