Berjuang Demi Orang Miskin Atau Untuk Kapitalis yang Mengeksploitasi Sistem Cukai Sebelumnya Untuk Lari Dari Cukai?

Pejuang rakyat miskin dan konon sosialis selalu berkata bahawa GST sangat menindas orang miskin dan yang berpendapatan sederhana.

Mereka terus mengatakan bahawa GST adalah cukai regresif dan orang-orang miskin menanggung paling teruk.

Yang pasti, GST dengan sendirinya adalah memang satu sistem cukai regresif. Itulah sebabnya kerajaan mempunyai sistem OFFSET untuk mengubah regresif kepada progresif untuk orang-orang berpendapatan rendah.

Program offset ini termasuk pengecualian cukai pendapatan bagi mereka di bawah pendapatan RM4 ribu, menaikkan BR1M dan senarai besar item dikecualikan cukai di samping apa jua bantuan program yang sudah wujud.

Apabila dikira secara keseluruhannya bagi GST + Offset, ia bermakna kumpulan berpendapatan rendah sebenarnya benefisiari bersih – yang bererti mereka membuat lebih banyak wang daripada apa yang mereka bayar.

Bukan satu kebetulan bahawa kebanyakan, jika tidak semua, dari negara-negara sosialis di dunia sudah melaksanakan GST atau VAT dan pada kadar yang lebih tinggi daripada apa yang Malaysia laksanakan.

Negara-negara yang paling dikagumi oleh orang-orang yang kononnya PEJUANG sosialis Malaysia adalah termasuk Venezuela (VAT 12% dan 15% –http://tinyurl.com/mqlr7x7), Norway (VAT Kadar Standard: 25% Kadar Dikurangkan: 8%,15% – http://tinyurl.com/mtx69wc) dan Sweden (Kadar Standard: 25%, Kadar Dikurangkan: 6%,12% – http://tinyurl.com/lpyxdwz)

Kepada pengkagum pejuang sosialis dan rakyat miskin, jangan lah bodoh – tidak mungkin anda begitu mengagumi negara-negara ini dan pada masa yang sama menjadi begitu kritikal dengan sistem cukai yang negara-negara ini telah laksanakan sekian lama dan pada kadar yang tinggi itu.

Adakah anda semua benar-benar berjuang untuk orang miskin atau anda berjuang untuk kapitalis yang mengeksploitasi sistem cukai sebelumnya untuk lari dari membayar cukai?

Adakah anda pasti anda semua tahu apa yang anda perjuangkan?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1657392207812900