BR1M Ada Manfaat Dan Faedahnya

Bagi mereka yang masih berfikir bahawa BR1M adalah wang percuma tambahan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah, sila ambil perhatian bahawa ianya bukan.

Ia pada dasarnya memberi mereka kembali wang yang telah dan kerap diberikan kepada mereka melalui pelbagai subsidi yang tidak cekap yang telah dihapuskan atau dikurangkan seperti subsidi gula, subsidi bahan api atau dipungut daripada mereka melalui GST.

Ini pada dasarnya sudahpun wang mereka, maka memang sepatutnya kerajaan Malaysia tidak lagi memberikan kepada semua orang (termasuk orang-orang kaya yang mendapat faedah paling banyak) melalui subsidi tetapi hanya kepada golongan berpendapatan rendah.

Ulang: Bukan wang tambahan PERCUMA tetapi wang yang MEMANG sebelum ini patut diberi kepada mereka – tetapi sekarang melalui cara yang berbeza, lebih disasarkan dan untuk memberi LEBIH kepada mereka yang paling memerlukan (dan sifar untuk orang-orang yang tidak layak) dan untuk memastikan pembaziran, ketidakcekapan dan penyeludupan dikurangkan.

Apa yang susah sangat untuk difahamkan?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1655332231352231