Cukai GST Selaras Dengan Norma Dunia

Cukai tidak pernah menjadi satu perkara yang popular, di mana sahaja dalam dunia. Dan hampir tiada negara yang tidak mempunyai beberapa bentuk cukai. 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa baru-baru ini pada 1 April bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16%, telah, difahami, menarik banyak kontroversi dan bantahan kerana tidak ada siapa yang suka untuk membayar cukai.

Ada yang mengatakan bahawa jika Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat maka Malaysia akan dapat menghapuskan cukai. Ini tidak benar dan adalah anggapan yang salah kerana tidak ada negara yang mengubah kerajaannya lantas menghapuskan cukai. Kerajaan baru juga memerlukan cukai ini untuk dapat mentadbir negara.

GST di Malaysia bukanlah cukai tambahan tetapi gantian kepada cukai lama. Dan ini bermakna kini lebih ramai orang akan membayar cukai dan berapa yang anda bayar bergantung kepada berapa banyak anda berbelanja. Jadi lebih banyak wang yang anda ada dan lebih banyak wang yang anda habiskan lebih banyak cukai yang anda bayar.

Kira-kira 160 negara mempunyai bentuk cukai seperti ini jadi Malaysia tidaklah satu-satunya bukan juga yang pertama untuk melaksanakannya, sama ada ia dipanggil GST atau VAT. Bolehkah semua negara-negara ini salah?

Di Singapura dan Thailand anda membayar 7%. Di New Zealand, ianya adalah 15% dan 10% di Australia. Di Kanada adalah 5% dan di semua negara-negara ini ia menarik banyak kontroversi dan perdebatan juga.

Di negara-negara Kesatuan Eropah ia adalah di antara 15% hingga 27% dan di negara-negara seperti Indonesia ia adalah 10%, Jepun 8%, Mexico 16%, Filipina 12%, China 17%, Israel 18%, Maghribi 20%, Pakistan 17%, dan sebagainya.

Oleh itu pada kadar 6%, Malaysia mungkin antara yang paling rendah di dunia.

Sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negara-negara Asia, di Malaysia golongan makan gaji yang membayar cukai manakala golongan kaya mempunyai pelbagai cara untuk mengelakkan atau lari cukai. Hanya kira-kira 1.7 juta daripada 11 juta pekerja yang berdaftar adalah pembayar cukai berdaftar. Tambahan pula, pekerja asing yang tidak membayar cukai setiap bulan menghantar berbilion ke tempat asal mereka.

Kini golongan yang kaya juga perlu membayar cukai dan lebih banyak wang anda bermakna lebih banyak anda bayar cukai kerana golongan kaya akan berbelanja lebih banyak, tambahan dengan orang-orang yang selama ini menikmati ‘secara percuma’ sekarang perlu menyumbang kepada tabung cukai.

Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak,
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
http://sskeruak.blogspot.com/2015/04/the-gst-is-keeping-with-world-norm.html