Dana-Dana Untuk Bumiputera Lemah di peringkat Pelaksanaan

Bising habis para ‘pejuang Melayu’ apabila semalam Perdana Menteri melancarkan bantuan RM50 juta untuk para peniaga kecil Cina. Dan seperti biasa, para ‘pejuang Melayu’ itu pun memomok-momokkan Najib dan mengingatkan Najib bagaimana Cina telah bersatu hati menipu Barisan Nasional sehingga semua kerusi bermajoriti atau pengundi Cina lebih 30% tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.

Mereka terlupa, berselang beberapa jam sebelum itu, Najib telah melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar berjumla RM200 juta untuk memperkasa dan memperkukuhkan ekonomi usahawan Bumiputera Muslim di negara ini.

Untuk Cina dapat RM50 juta, untuk Bumiputera-Islam dapat RM200 juta, memandangkan komposisi kaum serta kaum mana yang perlu lebih dibantu dalam bidang ekonomi.

Masalah lagi kah itu? Najib tidak tolong juga?

Sebenarnya yang jadi masalah adalah pada peringkat PELAKSANAAN. Bukan tidak ada dana-dana untuk Bumiputera sebelum ini. Tetapi entah di mana silapnya, di mana ‘ketatnya’, dana-dana tersebut seperti tidak sampai ke tangan pihak yang sewajarnya.

“Weak enforcement is a culture in the Malaysian government machinery. Civil servants love to launch new initiatives, programs and products. It is good on their KPI but weak on implementation and weakest on enforcement”.

Itu yang sebenar-benarnya. Akhirnya yang mendapat nama buruk adalah Najib Abdul Razak dan Kerajaan yang dipimpinnya.

Bagi yang kurang membaca dan kurang pengetahuan, berikut adalah ringkasan daripada Bajet 2015 yang mana kedua-dua dana dan bantuan tersebut terkandung dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Najib sendiri.

 

  • Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta
  • Rakan Kongsi Pelaburan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) akan dilaksanakan dengan dana permulaan berjumlah RM375 juta bagi tempoh lima tahun
  • RM80 juta akan diperuntukkan bagi skim pinjaman mudah bagi automasi dan pemodenan PKS
  • Tekun akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak RM500 juta
  • RM350 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera
  • RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan Muda India
  • RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional
  • Pinjaman mudah berjumlah RM50 juta bagi usahawan PKS kaum Cina, RM30 juta bagi penjaja dan peniaga kecil
  • Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang CBP (GST)
  • Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan
  • Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000
  • Usahawan ekspatriat syarikat permulaan akan mendapat pas kerja setahun
  • EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan
  • Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai RM2.3 bilion dalam pelbagai sektor
  • Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera
  • Merancakkan lagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dengan peruntukan tambahan RM30 juta
  • Skim Usahawan Permulaan Bumiputera juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
  • Program pra-eksport akan diperkenalkan bagi 60 syarikat
  • Bumiputera Berprestasi Tinggi untuk meningkatkan penjenamaan, persijilan antarabangsa dan kaji selidik pasaran bagi produk Bumiputera
  • Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan RM200 juta bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam, bagi menyediakan pembiayaan dan kredit antara RM50,000 dan RM1 juta mulai Januari 2015
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM1.8 bilion bagi pembiayaan untuk memberi manfaat kepada 346,000 Sahabat AIM


http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/silap-besar-kalau-kata-najib-tak-jaga.html