Hanya Nga Kor Ming Boleh Saman Orang Lain

YB Nga Kor Ming dari DAP berkata, adalah tidak adil bagi PM mengancam untuk menyamannya kerana menfitnah PM dan Rosmah. Beliau meminta pengikutnya jika mereka mempunyai apa-apa tips atau cadangan untuk membantu beliau.

Tetapi ia tidak pula menghalang Nga Kor Ming untuk berkata, “Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan juga pihak-pihak yang mendedahkan gambar dan lokasi rumah mewahnya” yang digelar ‘White House Ipoh’.

Jadi, dia boleh mengancam untuk menyaman orang lain tetapi orang lain tidak boleh mengugut untuk menyaman beliau?

Walau bagaimanapun, ‘tips’ saya untuk Nga Kor Ming adalah mudah: Berhenti bercakap bohong, berhenti memfitnah dan berhenti menghasut kebencian kaum/agama!

Nga Kor Ming: https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.1073741830.52329039169/10153271861284170/?type=1

Nga Kor Ming ugut untuk saman: http://www.sinarharian.com.my/politik/kor-ming-pihak-edar-gambar-ganggu-privasi-1.317228

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1654774244741363&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1