Jabatan Bengkok Idea Baik Tapi Akan Timbulkan Implikasi

JAMBATAN BENGKOK – TUN M SEORANG IDEALISTIK

1. Jambatan Bengkok yang Tun cadangkan adalah idea yang sangat bernas dan bijak. Pernah suatu ketika dulu, saya dan beberapa orang rakan mengkaji impak pembinaan jambatan bengkok kepada pertumbuhan ekonomi negara.

2. Tun M seorang idealistik.

3. Pembatalan projek jambatan bengkok oleh Pak Lah antara punca besar di mana Pak Lah tersungkur.

4. Sebenarnya, pembatalan projek jambatan bengkok juga adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara yang membawa implikasi perundangan antara dua pihak. Pembinaan Jambatan Bengkok tidak boleh dilaksanakan secara unilateral. Ini melibatkan Perjanjian air Johor – Singapore 1961 /1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisah 1965.

5. Dengan kata lain, halangan utama pembinaan Jambatan Bengkok adalah PEMUSNAHAN TAMBAK JOHOR yang menjejaskan paip air yang merentasi Tambak Johor yang mana ianya adalah pemilikan Lembaga Kemudahan Awam Singapura.


#Kesimpulan

1. Tun kata kenapa kita perlu ikut pandangan & telunjuk Singapura untuk membuat sesuatu. Namun Tun terlupa tentang hak-hak jiran? Adakah hadith itu tak memberi manfaat dalam hubungan antara negara jiran?

2. Tun langsung tidak tanya kenapa Pak Lah dan DS Najib tidak bersetuju meneruskan Legasi Tun M (jambatan bengkok). Kenapa?

3. Tetapi yang Tun tanya, Sirul adalah pegawai polis, tak mungkin dia membunuh. Pertanyaan apakah ini?

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/456117557888637