“Kalau Ada Masalah Di Kajang, Menteri Besar Selangor Boleh Uruskan” – Wan Azizah, Presiden PKR, Adun Kajang

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak ada masalah baginya untuk memegang dua jawatan sekaligus iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Selangor dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Saya presiden parti, timbalan saya Menteri Besar (Selangor)..

“Jadi kalau masalah (di DUN Kajang), saya kata Menteri Besar boleh handle..,” kata Wan Azizah.

Sebelum ini, dalam satu ceramah Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali memuji kehebatan Wan Azizah sebagai ADUN Kajang.

“Saya di Selangor, saya amat bangga, walaupun beliau (Wan Azizah) baharu sahaja menjadi ADUN Kajang, masalah Kajang sebelum ini cukup besar.

“Masalah sampah, masalah trafik, masalah banjir, tetapi dengan ketokohan beliau, kewibawaan beliau, dalam tempoh yang begitu singkat, Dr Wan Azizah telah berjaya menyelesaikan masalah frasarana dan pembangunan di kawasan Kajang dengan cukup baik dan bertanggungjawab,” kata Azmin.