Kelemahan Nilai Ringgit Dan Kemerosotan Keyakinan Pelabur disebabkan Tindakan Kerajaan?

Kononnya kelemahan nilai ringgit dan kemerosotan keyakinan pelabur disebabkan tindakan kerajaan yang berbolak-balik dalam beberapa isu, termasuk 1MDB nyata tidak berasas.

Kejayaan Malaysia menerbitkan Sukuk global US$1.5 bilion bertempoh matang 10 tahun dan 30 tahun yang menyaksikan transaksi itu terlebih langgan, dan menarik minat pelabur dengan langganan melebih US$9 bilion adalah bukti dakwaan itu tidak benar.

Jika pasaran atau pelabur takut pada persekitaran ekonomi negara ekoran isu 1MDB dan krisis antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, mustahil terbitan sukuk menarik perhatian pelabur dengan jumlah melebih 450 akaun.

Kenyataan Kementerian Kewangan pada Khamis memberitahu, kerajaan berjaya menetapkan harga bagi Sukuk atau Sijil Amanah US41 bilion bertempoh matang 10 tahun dan US4500 juta bertempoh 30 tahun – menjadikan jumlah keseluruhan US$1.5 bilion.

Terbitan Sukuk bertempoh matang 30 tahun itu merupakan terbitan Sukuk yang mempunyai tempoh matang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.

Suku bertempoh matang 10 tahun itu terlebih langgan hampir tujuh kali dan sukuk bertempoh matang 30 tahun pula terlebih langgan hampir enam kali.

Sukuk tersebut diterbitkan menerusi syarikat bertujuan khas, Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, dengan menggunakan struktur berlandaskan komoditi patuh Syariah, aset pajakan dan aset bukan fizikal yang menjana pendapatan (dalam bentuk hak ke atas penglibatan dalam pemberian perkhidmatan), negara pertama yang menerbitkan sukuk seumpamanya.

Kementerian itu berkata terbitan itu merupakan Sukuk dalam denominasi dolar US yang keempat bagi Kerajaan Malaysia berikutan kejayaan penerbitan Sukuk global pada 2002, 2010 dan 2011.

Hasil daripada terbitan Sukuk ini akan digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan am yang patuh Syariah, khususnya untuk penebusan Sijil Amanah 1Malaysia Sukuk Global Berhad berjumlah US$1.25 bilion yang akan matang pada Jun 2015 serta bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.

Jika pelabur tidak yakin dengan Malaysia, kenapa Sukuk tersebut melebihi langganan sehingga US$9 bilion dengan lebih 450 akaun pelabur?

Transaksi itu berjaya ditetapkan pada tahap terendah dalam julat panduan harga yang disemak semula, yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kedudukan sektor luar Malaysia yang kukuh, kewangan yang fleksibel, kedudukan fiskal yang kukuh serta ekonomi Malaysia yang pelbagai dan berdaya saing.

Sukuk ini dijangka diberikan penarafan kredit A- oleh Standard and Poor’s Ratings Services dan A3 oleh Moody’s Investors Services Limited.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1126761