Kenapa Tak Jumpa Azilah Yang Juga Pasti Lebih Tahu?

Ibu Sirul, yang percaya anaknya yang berada di Australia tidak bersalah, pergi berjumpa Tun Mahathir semalam.

Tetapi kenapa tidak mahu berjumpa Azilah? Azilah berada di dalam penjara di sini, betul?

Azilah juga bos Sirul dan orang yang mengarahkan Sirul untuk terlibat sekali.

Tidak mustahil Azilah juga mahu mengelak hukuman mati dan akan mendedahkan ‘rahsia’? Dia patut tahu lebih daripada Sirul.

Mungkin orang yang tepat, yang kita perlu memberi tumpuan adalah Azilah dan bukannya Sirul.

Azilah juga mempunyai sejarah yang berwarna-warni. Saya yakin beliau ada banyak untuk diperkatakan:

Azilah Hadri ditangkap khalwat dengan polis wanita.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-suspek-kes-bunuh-altantuya-ditangkap-khalwat-dengan-polis-wanita

Selepas kes khalwat, bekas komando kes Altantuya disiasat kerana tumbuk polis pula.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-khalwat-bekas-komando-kes-altantuya-disiasat-kerana-tumbuk-polis-pu

Jika Najib bersalah maka dia harus menghadapi hukuman – tetapi kita harus bertanya pada orang yang tepat dan bukannya meminta ibu daripada salah seorang suspek yang melarikan diri yang pasti akan berkeras anaknya tidak bersalah dan tidak mahu dia mati.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1653662554852532