Kerajaan Bentang Pindaan Akta Hasutan, Hukuman Dijangka Lebih Berat

Kerajaan membentangkan pindaan Akta Hasutan semalam di Dewan Rakyat, dengan hukuman yang lebih berat dijangka dikenakan terhadap pesalah.

Hukuman maksimum penjara selama 20 tahun dan tiada jaminan bagi mereka yang dituduh antara kaedah yang diambil bagi memperkukuhkan lagi undang-undang sedia ada.

Pindaan menyebut, dalam seksyen 5A, pihak yang dituduh bawah Seksyen 4(1), tidak dibenar bebas dengan ikat jamin tanpa pengakuan bukan untuk kepentingan awam untuk membenarkan ikat jamin dibuat.

Pindaan lain yang dibuat pada akta itu termasuk hukuman yang tinggi dikenakan kepada kesalahan hasutan yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda.

Bagi kesalahan itu, hukuman penjara dibuang dan diganti dengan penjara minimum selama lima tahun dan maksimum 20 tahun diperkenal.

http://www.malaysiakini.com/news/294521