Kerajaan Galakkan Orang Guna Touch and Go

Kebodohan dan pembohongan Suara Rakyat tidak berhenti.

Dalam post mereka semalam (http://tinyurl.com/p7yw7a4), mereka katakan bahawa kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan Touch N Go untuk membayar tol lebuh raya hanya kerana kerajaan boleh mengutip lebih banyak wang melalui GST.

Mereka juga mengatakan bahawa kad Touch N Go dan Smart Tag baru semunya tertakluk kepada GST dan sudah tentu menggunakan peluang ini untuk menghasut kebencian terhadap PM Najib.

Suara Rakyat berkata, “kerana bila dah byk laluan tol guna TOUCH N GO maka senanglah KERAjaan nak cekau duit2 korang dgn penggunaan TOUCH N GO.. caranya setiap kali pengisian semula kad TOUCH N GO AKAN DIKENAKAN GST !!!!”

Tidak sepenuhnya betul. Jika anda menambah nilai kad Touch N Go di Lebuh Raya, pengangkutan awam (LRT / KTM Komuter), Touch N Go SPOT di Stesen Petrol atau di ATM CIMB Bank, tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan – maka TIADA GST dikenakan.

No 7 dalam FAQ mereka: http://www.touchngo.com.my/CMS/Personal/Products/Touch-n-Go-Card/Touch-n-Go-Card-FAQ/

Walau bagaimanapun, jika anda menambah nilai kad Touch N Go anda di ATM bank-bank lain, ejen pihak ketiga atau stesen Petrol lain, terdapat caj perkhidmatan 50 sen – yang bermaksud GST yang dikenakan adalah 3 sen. Ya, 3 sen GST sama ada anda menambah nilai RM10, RM50, RM100 atau RM1,500 (maksimum untuk kad Touch N Go).

Dan tiada seorang pun yang memaksa anda untuk membeli Smart Tag jika anda tidak mahu – ia merupakan pilihan dan terpulang kepada rakyat sama ada mereka mahu membayar tambahan untuk kemudahan ini atau tidak.

Dan jika anda menggunakan kad PLUSMiles Touch N Go, anda boleh mendapat rebat 5% ke atas semua caj – bermakna rebat RM5 untuk RM100 nilai tol – yang bermaksud pengguna mendapat faedah bersih sebanyak RM4.97 – tolak 3 sen yang dibayar JIKA anda menambah nilai daripada saluran lain yang mempunyai caj perkhidmatan.
http://www.plusmiles.com.my/askplusmiles.aspx

Anda juga boleh mengumpul mata ganjaran PLUSMiles untuk menebus barangan lain – termasuk kad Touch N Go baru (tanpa GST).

Kerajaan juga pernah memberi rebat tambahan 20% ke atas pengguna tol tegar yang bermula pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun 2014 yang kerajaan bayar sendiri kepada pengguna.

Oleh itu, adalah sangat jelas, bahawa kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik bukan untuk mengutip GST tetapi bagi tujuan kemudahan orang awam dan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol dan membantu anda menjimatkan masa dan bahan api.

Wahai Suara Rakyat dan pengikut mereka, anda digalakkan untuk terus menolak menggunakan Touch N Go di plaza tol dan jimat caj GST 3 sen anda, mari kita lihat bagaimana tambahan masa (saya menganggap masa anda tidaklah berharga sangat) dan kos bahan api anda.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1650244898527631&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1