Kereta-kereta BMW Di Taja Untuk Kegunaan Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN, Bukan dibeli Oleh Kerajaan.

YB Rafizi Ramli (yang tidak hadir di Parlimen untuk kedua-dua undi akhir bagi POCA pada tahun 2013 dan POTA dua hari lepas) kini cuba untuk menghasut kebencian ke atas kerajaan dengan memuat naik gambar-gambar beberapa kereta BMW 7 series yang mempunyai plat lambang kerajaan.

Dan menilai dari komen-komen di Facebook beliau, ia nampaknya berkesan dan rakyat yakin bahawa kerajaan membeli kereta mewah (dengan wang GST, mungkin) untuk mereka sendiri dan “boros”.

Apa YB Rafizi terlupa untuk menyebut ialah Malaysia kini Pengerusi ASEAN dan sidang kemuncak ASEAN tahun ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini iaitu 26 dan 27 April.

YB Rafizi juga terlupa untuk menyebut bahawa pada sidang kemuncak ASEAN yang lalu yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2005, kereta rasmi untuk membawa pemimpin-pemimpin ASEAN yang datang melawat ialah Mercedes S Class yang dipinjamkan oleh kumpulan NAZA untuk kegunaan semasa acara itu.

BMW telah menaja kereta mereka untuk sidang kemuncak ASEAN 2011 (Myammar), 2012 (Cambodia), 2013(Brunei) dan juga untuk sidang 2014(Myammar).http://tinyurl.com/pv3b323

Jadi anda tidak terfikir bahawa mereka juga menaja kereta untuk sidang kemuncak ASEAN 2015 di Kuala Lumpur?



NZ Wheels Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA hari ini menyerahkan 10 kereta Mercedes-Benz model S350 dan 20 model S280 untuk kegunaan ketua-ketua kerajaan dan delegasi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11.

“Kita sangat menghargai Kumpulan Naza yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan untuk memastikan persidangan antarabangsa yang kita anjurkan berjalan dengan lancar,” kata Syed Hamid dalam ucapan pada majlis ringkas penyerahan kereta itu.

Katanya, langkah Kumpulan Naza itu memberi kemudahan dan keselesaan kepada delegasi persidangan.

Sementara itu, Nasimuddin dalam ucapannya berkata, kumpulan tersebut merasa bangga kerana dipilih sebagai pengangkutan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN.

“Kami akan sentiasa menyokong kerajaan dalam menganjurkan acara-acara seperti ini pada masa depan,” katanya.

Kumpulan Naza sebelum ini turut melakukan perkara yang sama pada persidangan-persidangan antarabangsa sebelum ini termasuk Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan juga CHOGM pada tahun 1989.
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=asean2005&y=2005&dt=1206&pub=asean2005&sec=Corat-Coret&pg=ac_01.htm



Dan hakikat bahawa kereta-kereta itu tidak berdaftar dan hanya mempunyai plat lambang kerajaan merupakan satu petunjuk yang sangat kuat bahawa ia tidak dibeli oleh kerajaan. Kereta kerajaan mempunyai nombor pendaftaran yang betul (seperti W11N Proton Honda Perdana rasmi PM Najib) dan bukan hanya ada lambang.

Jadi, YB Rafizi dan pengikut zombie beliau, tidak perlu membuat spekulasi dan menyalahkan atau menuduh kerajaan “boros”.

Cuba faham dahulu sebelum anda “maki” atau anda akan akhirnya kelihatan (lebih) bodoh.

***UPDATE*** Menurut sumber Kementerian Luar Negara, gambar-gambar kereta BMW yang dimuatnaik bukan pembelian kerajaan tetapi merupakan tajaan BMW yang digunakan semasa sidang Menteri-menteri Luar Asean di Kota Kinabalu awal tahun ini.

Kereta-kereta tersebut telah dipulangkan kepada syarikat terbabit.

Adalah amalan biasa setiap kali sidang kemuncak atau acara antarabangsa diadakan, syarikat pengeluar atau pengedar akan menaja/meminjamkan kereta mereka untuk kegunaan rasmi.

Posting Rafizi:
https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/945244122176762