Kos Lorong Khas Basikal Kuala Lumpur Jauh Lebih Murah Berbanding Pulau Pinang

Kos lorong khas basikal:
Kuala Lumpur – RM127,000 per km
Pulau Pinang – RM2.4 juta per km

Lorong khas basikal yang pertama telah dibuka kepada orang ramai di Kuala Lumpur, sepanjang 5.5 km dari Mid Valley ke Dataran Merdeka. Menurut Astro Awani, laluan itu telah dirasmikan oleh Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Taib, yang menunggang basikal bersama penunggang lain untuk kali pertama semalam.

Dalam pembinaan sejak 2013 dengan kos kira-kira RM700,000, laluan itu – yang melalui Sungai Klang, Brickfields, perkarangan Kompleks Dayabumi dan Lebuh Pasar Besar – dirancang menggunakan maklumat yang dikumpul oleh inisiatif bebas Cycling Kuala Lumpur, yang menghasilkan peta laluan basikal untuk bandar ini.

Ahmad Phesal menyatakan terdapat dua lagi laluan basikal dalam perancangan – laluan empat kilometer dari Wangsa Maju ke Taman Melati dan lagi dua kilometer dari Wangsa Maju ke Taman Batu Muda – dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM2.3 juta.

“Kami juga merancang satu lagi projek yang serupa di kawasan sepanjang Sungai Bunus. Jika projek itu boleh diperluaskan untuk menjadi sebahagian daripada projek ‘Greater KL’, mengapa tidak?” katanya.

Berbalik pada laluan Mid Valley-Dataran Merdeka, Ahmad Phesal mengakui bahawa masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan, termasuk pemasangan lampu solar dan CCTV untuk meningkatkan keselamatan, serta mencantikkan landskap sekitarnya. Ia akan dilakukan dari masa ke semasa.

Untuk mengekalkan keselamatan laluan dan juga keselamatan penunggang basikal yang menggunakan laluan itu, akan ada pegawai DBKL yang bertugas membuat rondaan sepanjang laluan basikal.

“Kami akan meningkatkan jumlah pegawai peronda,” kata Ahmad Phesal.

“Pada masa ini, DBKL mempunyai unit peronda basikal yang terdiri daripada 20 orang dan 40 basikal, dan ini akan ditingkatkan dalam masa terdekat.”

http://paultan.org/2015/04/15/kuala-lumpur-opens-first-bicycle-path-for-public-use/

Nota: Laluan 5.5 km di KL berkos RM127,000 per km dan dua laluan seterusnya sepanjang 6 km akan berkos RM383,000 per km.

Masih jauh lebih murah daripada lorong basikal Pulau Pinang yang berkos RM2.4 juta bagi setiap km dibina oleh kerajaan negeri Pulau Pinang: rhttps://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1579562612262527:0

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1656559971229457&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1