Mampukah Wan Azizah Menjaga Dun Kajang & Parlimen Permatang Pauh Sekaligus Menjaga Cucu-Cucunya juga?

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat.

Kekosongan kerusi parlimen itu berikutan petisyen Anwar untuk pengampunan diraja ditolak baru-baru ini.

Anwar pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1983 sehingga 1999 di bawah Barisan Nasional dan dari 2008 sehingga Anwar hilang kelayakan di bawah PKR.

Wan Azizah bertanding dan menang kerusi Permatang Pauh pada 1999 selepas kekosongan kerusi parlimen itu yang disebabkan Anwar dipenjara kerana salah guna kuasa.

Wan Azizah melepaskan kerusi itu pada 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar.

Pada 2008, sewaktu perletakan jawatan Azizah beberapa bulan selepas memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga, beliau menyatakan pengunduran itu bagi menjaga cucu-cucunya.

Persoalan seterusnya, mampukah Wan Azizah menjaga DUN Kajang dan Parlimen Permatang Pauh sekaligus menjaga cucu-cucunya sekali?