Mata Wang Negara Setara Dengan Dollar Brunei & Singapura Sebelum Malaysia Undur Diri Dari Perjanjian Kesalingbolehtukaran Pada 8 Mei 1973

Dalam usaha untuk memudahkan hubungan ekonomi dan perdagangan, Brunei, Malaysia dan Singapura mengamalkan sistem kesalingbolehtukaran terhadap mata wang masing-masing, yang berkuat kuasa dari 12 Jun 1967 – yang bermaksud B$1 = RM1 = SG$1.

Perjanjian kesalingbolehtukaran (Currency Interchangeability Agreement) tiga pihak telah ditamatkan pada 8 Mei 1973 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tan Siew Sin. Walau bagaimanapun, Brunei dan Singapura mengambil keputusan untuk meneruskan perkiraan itu, yang wujud sehingga hari ini.

Terdapat sebab-sebab kukuh mengapa Malaysia secara sukarela membatalkan perjanjian ini. Ia bukan dilakukan secara suka-suka.

Pada masa itu, Singapura merupakan pusat kewangan dan pelabuhan utama untuk pengeluaran bahan mentah dari Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya getah dan bijih timah, yang mendominasi aktiviti ekonomi di rantau ini. Sebaliknya, ekonomi Singapura bergantung kepada import dari Malaysia dan juga menjual perkhidmatan kewangan – yang Singapura masih jalankan pada hari ini.

Pada masa itu, ekonomi Malaysia pada tahun 1973 kebanyakannya adalah pertanian dan sehingga ke hari ini komoditi utama dan pertanian mewakili kira-kira 60% daripada ekonomi kita (dan 0% di Singapura).

Satu negara pada asasnya adalah sebuah bandar pelabuhan dan banyak bank, dan yang satu lagi adalah sebuah negara sebenar yang menghasil dan mengeksport komoditi.

Negara yang pertama itu perlukan import mereka menjadi murah untuk mengekalkan kos hidup yang rendah, manakala negara kedua (kita) memerlukan eksport untuk menjadi rendah (kita menghasilkan sebahagian besar bekalan makanan yang kita makan pun sebenarnya) untuk bersaing dengan negara lain di dunia.

Telah dilaporkan pada tahun 1973 apabila nilai mata wang dipisahkan – ekonomi Malaysia dan Singapura begitu berbeza bahawa kesatuan kewangan antara kedua-dua negara boleh diibaratkan, setakat yang bersangkutan dengan kewangan, seperti sepasang kembar Siam cuba membesar bersama seperti biasa. Umum mengakui bahawa ini adalah mustahil dan keadaan sebenarnya menghalang pembesaran biasa. Oleh itu ini adalah perkiraan luar biasa dan tidak boleh dijangka untuk bertahan selama-lamanya. ‘Pembedahan’ untuk memisahkan negara yang saling bergantung adalah penyelesaian Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi sendiri yang mampan.

Lihatlah zon Euro hari ini. Negara-negara yang lebih miskin mengalami kadar pengangguran yang tinggi, manakala negara-negara kaya mempunyai kadar gaji yang mendatar dan perlu membuat pemindahan wang tunai berkala kepada negara-negara miskin.

Malaysia boleh saja memilih untuk terus menambat RM1 kepada SGD$1 tetapi ekonomi kita akan menderita kerana ia sama sekali tidak realistik.

Setiap negara mesti mempunyai kawalan ke atas mata wang mereka yang paling sesuai untuk pembangunan ekonomi sendiri, kepentingan dan matlamat.

Pada masa ini, harga komoditi pertanian dan petroleum di seluruh dunia adalah rendah, oleh itu Ringgit kita adalah lebih lemah berbanding dengan USD dan SGD.

Melainkan sepupu atau adik atau kakak anda bekerja di Singapura dan terus bercakap besar berapa banyak yang mereka peroleh di Singapura apabila ditukar kepada Ringgit, tiada guna untuk membandingkan kadar pertukaran dolar Singapura kepada Ringgit kerana ia tidak boleh dibandingkan.

Kita tidak mengimport banyak dari apa yang Singapura hasilkan untuk digunakan atau dimakan di Malaysia dan dengan itu dolar Singapura yang tinggi tidak pun menyumbang kepada inflasi di Malaysia (walau bagaimanapun kita dapat mengeksport lebih banyak ke Singapura).

Adalah lebih baik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada bagaimana kita boleh terus menambah nilai industri kita dan mempelbagaikan negara kita dari bergantung pada komoditi utama kepada industri dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi dan membebaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana – punca mengapa Malaysia membuat perubahan-perubahan tidak popular seperti rasionalisasi subsidi dan melaksanakan sistem cukai moden seperti GST.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1656954037856717