Mengapa Ketua Wanita DAP Tidak Kecam Lim Guan Eng yang Memberi Peruntukan 12 Juta Sebagai ‘Gula-Gula’ Untuk Memancing Undi?

Pada hari Ahad, Muhyiddin Yassin menjanjikan peruntukan sebanyak RM1.2 juta atau RM200,000 bagi enam buah sekolah di Permatang Pauh untuk membina dewan baru.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Sayap Wanita DAP Chong Eng mengecam langkah itu sebagai “helah jelas” untuk memancing undi dalam pilihan raya, yang digelar sebagai kubu kuat PKR.

“Dia menggunakan janji membina bangunan sekolah untuk politik dan mempolitikkan pendidikan,” kata Chong Eng, mensasarkan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

“Peruntukan sedemikian tidak perlu diberi semasa pilihanraya kerana ia memberi gambaran bahawa kawasan-kawasan yang tidak mempunyai pilihan raya kecil tidak akan dipertimbangkan untuk dana itu,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, pagi ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan naik taraf bernilai RM12 juta untuk pasar orang ramai dan peniaga di Seberang Jaya, satu kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ketika ditanya sama ada pengumuman baik pulih pasar ini juga merupakan ‘gula-gula’ pilihan raya, Chong Eng menafikannya dan sebaliknya mempersoalkan lokasi enam buah sekolah yang menerima dana persekutuan dari Muhyiddin.

“Peningkatan taraf pasar akan memberi manfaat kepada semua orang dari kawasan sekitar, bukan sahaja pengundi di Permatang Pauh.”

http://www.malaysiakini.com/news/295593

Kecaman terpilih?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1657527234466064&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1