Najib Mangsa Kapitalis Lama

Di Malaysia, sentiasa ada satu lagi sisi cerita yang kadang-kadang tidak diberitahu atau sekurang-kurangnya, tidak diberitahu sepenuhnya.

1MDB – dan terutamanya PM – telah memijak kuasa yang besar. Dalam usahanya untuk menyatukan banyak loji kuasa bebas (IPP) di bawah 1MDB daripada para taikun besar, Najib Tun Razak telah mendapati bahawa taikun-taikun golongan elit berpengaruh ini enggan melepaskannya.

Golongan ini mendapat manfaat daripada era kepimpinan yang lalu. Bekas bos TNB Allahyarham Ani Arope enggan melayan kehendak mereka. Perjuangannya tewas.

PM Najib Tun Razak mahu loji-loji kuasa ini kembali. Kesemuanya sepatutnya kepunyaan rakyat tetapi taikun-taikun ini telah pergi kepada ahli-ahli politik lama yang berkuasa, yang sepatutnya menikmati persaraan dan bermain dengan cucu-cucu mereka, untuk dapatkan bantuan.

Berbilion ringgit dikaut setiap tahun oleh mereka ini yang kaya dan berkuasa, yang cukup bijak mengekalkan profil yang sederhana, sambil menikmati wain mahal, isteri dan perempuan-perempuan simpanan mereka. Mereka tidak bodoh seperti Jho Low, yang mahu menunjukkan beliau dan Paris Hilton, yang boleh dibayar oleh mana-mana pihak yang mahu mendampinginya.

Selama bertahun-tahun, IPP-IPP ini bersama-sama dengan Dr Mahathir telah diserang oleh pembangkang terutama Lim Guan Eng kerana sehingga RM19 bilion telah diperuntukkan untuk loji-loji kuasa ini. Tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat telah lupa.

1MDB telah membeli alih perniagaan kuasa Ananda Khrisnan dan IPP kepunyaan Genting. YTL juga telah kehilangan kontrak perniagaan kuasanya.

Penganugerahan konsesi atau projek loji kuasa baru sama ada kepada 1MDB atau Tenaga dan tidak ada pihak lain. PM Najib dapat menamatkan kesemua ‘sweet hard deals’ (perjanjian mudah) ini.

Kesemua ‘sweet hard deals’ ini telah mengakibatkan kos berbilion-bilion ringgit ditanggung Petronas dan TNB. Ya, berbilion-bilion. Mungkin, RM100 bilion selama dua dekad.

Najib telah memperbetulkan perkara ini tetapi dia telah dijadikan mangsa oleh mereka yang berkuasa termasuk orang-orang yang dahulunya memberikan IPP kepada kroni-kroni ini.

Malah, Malaysia sepatutnya dijadualkan mengalami kenaikan tarif elektrik pada bulan Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah kos mekanisme bahan api yang dilaksanakan Januari 2014 tetapi 1MDB dan IPP-IPP lain mengatakan tidak perlu kerana perjanjian pembelian tenaga (PPA) telah disemak dan diperbetulkan.

Dan kadar elektrik telah pun dikurangkan bermula dari Mac 2015 – akibat kejatuhan harga arang batu dan juga tarif IPP yang jauh lebih murah.

TNB akhirnya mula mencatat keuntungan besar sekali lagi bermula pada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Untuk tiga bulan sahaja, ia telah mencatatkan keuntungan bersih RM2.3 bilion. Dengan keuntungan ini, Petronas tidak perlu lagi memberi subsidi kepada Tenaga.

Tetapi golongan mana yang kerugian besar? Para kroni yang sebelum ini menikmati perjanjian mudah (sweet heart deals) dan kini melihat IPP mereka diambil oleh PM untuk rakyat di bawah 1MDB.

Nampaknya seperti kini mereka menghalakan kemarahan mereka terhadap PM! Tanya diri anda siapa yang meluluskan semua perjanjian mudah sebelum ini yang rakyat Malaysia telah tanggung manakala mereka meraih keuntungan besar dengan mengorbankan Tenaga, Petronas dan rakyat!

http://stopthelies.my/?p=3923